June 28, 2010

Bila aku berkata-kata aka membebel

Salam'alaykum semua

1st day at school, biasa2 aje. Yang x best hanya pada diri sendiri. Mengantuk + perut buat hal. Nyamuk punya pasal, start dari perhimpunan pagi, menguap aje. Mata merah macam drakula nak isap darah orang..huhu. Malu la dengan cikgu2 n student baru aku.

Memang malam tadi tak boleh tidur langsung..hatiku sakit, dengan gatal2 badan bila di isap oleh makhluk kecik tu. Hmm..sedap sangat ke darah aku nih?? Aktiviti ni dah dua malam berturut2 aku buat. Baring, duduk, baring, duduk, mengenang nasib di hisap darah. Sedekah jariah dekat nyamuk2 tu **sedekah x ikhlas pun.

Malam ni, aku isytihar perang dengan nyamuk2 di sini. Kelengkapan perang aku rasanya dah cukup. Just wait n see. Harap aku x kalah malam ni. Nada tak puas hati di situ.

Apapun, aku ada rasa semacam je bila duduk kat sekolah. Mula2 datang, rasa punya la tak best nak berpraktikum. Tapi bila dah tengok muka budak2..comel2 je, terus jadi lain hati ni, semangat jadi naik semula. Alahai hati, kalau dah penyayang tu, penyayang jugak..ahakssssss..hehe. Ade chemistry la katakan. :D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tutup cerita nyamuk, citer panjang2 buat sakit hati je.

Hmm..hari ni jugak, pelajar2 baru mendaftar, langkah pertama untuk menjadi cikgu2 malaysia. Harap2 korang x menyesal bila dah jejak kaki kat sini. Ye la, tempoh study lama, 5 1/2 tahun, macam2 boleh berlaku.

Hati kena kuat, jangan terhenti tengah jalan sudah. Jalan ni yang korang pilih, so susurinya dengan hati2, penuh tanggungjawab sampai ke hujungnya. Kalau ter"accident", harap2 accident korang tu ada orang lain yang nampak..senang nak call ambulance. Ye la kan, kalau xde orang yang nampak, takut membusuk je di lokasi kejadian itu.

Nasihat lagi, don't expect anything yang bukan2, just biasa2 je, sebab nanti xde la nak kecewa sangat. Paling penting, niat kena betul, untuk ilmu semata. Bukan sebab dapat elaun yang x kena bayar semula, bukan sebab kerja dah terjamin, bukan sebab lain2 yang x betul.

Aiyarkkk..pandai aku bagi nasihat kan. Huhu..tapi sebenarnya tuk diri sendiri jugak. Diri sendiri pun banyak yang x betul. Ingat mengingat tu kerja orang yang mengaku Islam :)

Akhirnya, selamat datang ke institut pendidikan guru kampus perlis ni buat korang2 semua. I'm proud to be a teacher.

Wallahu a'lam

just follow

Assalamu'alaykum

Semalam perjalanan yg amat memenatkan, pahang - perlis. Kalau bukan sebab sesat kt KL tuh, xde la sampai 12 jam duk bertenggek dalam kete. Sengal segala2. Yup..sesat di kuala lumpur, macam lagu la pulak.

Perjalanan semalam macam ni : karak - kl - seremban - perlis

Tapi yang sleek nye, dr kl nak ke seremban, tersesat sudaaa. Point penting kat sini, aku dan kawan2 bukan orang kl. No. plat kereta trang tang tang tulis CCN..pure pahang di situ. So, x malu di sini nak cakap yang ktorg kesesatan. Terlajak simpang je pun, tapi korang pun tau kan, once dah terlajak kat highway, susah nak u-turn smula. Bila dah jadi macam tu, jalan2 makan angin la. Masing2 tercari2 jalan keluar. Mencari kebenaran...huhu

Mujur dengan ketenangan hati dan rasa pengharapan kepada Tuhan semata2, kebenaran ditemui jua..ayat keinsafan la pulak...haha

Perjalanan dari seremban jam 1 petang, sampai perlis jam 9 malam. Tapi apapun..dengan sesat tu la, ktorg boleh tau sikit2 jalan2 kt kl yang dah macam akar serabut pokok kelapa kat belakang rumah.

Tapi best, baru ade feel jalan jauh, sebab dengan kereta. Siap ade bekal makan lagi tersedia..thnx to Farah. Next cuti is cuti raya, dats mean, balik kampung masa puasa la kan, so Farah, aku nak mintak disediakan bekal bukak puasa pulok..haha. Sediakan jgak lagu2 raya dalam kete tu.. :P

Ok, berhenti di situ, citer kat asrama pulak. Waduh2..sengal2 badan lagi bertambah bila kena bawak turun berkotak2 barang dr tingkat 3 ke bilik baru kat ground floor. Ingat nak campak ke bawah je kotak2 tu sume, tapi sebab bakal ustaz..kena jadi baik..kena hormat ilmu2 yang berat 3 4 kg ++ kt dalam tu..huhu..insaf. Kuatkan la hati, tangan, kaki, jari, segala2nye lah tuk bawak turun khazanah tu.

Then, baru petang tadi selesai mengemas, walaupun terpaksa berimas rimasan dengan sawang sawangan dan habuk habukan..tapiku gagahi jua..poyoss je.

Esok pulak, kena start praktikum dah. Episod pertama sem. ni bermula dgn praktikum 2 bulan. Macam biasa kemalasan tahap gaban sudah muncul bila nak start something new nih. Aku perlukan masa tuk biasakan diri. Harap2 tak lama. Permudahkanlah segalanya ya Allah.

Tapi harap sangat2 masa berlalu dengan cepat, boleh habis cepat..hmm..betul la sangat, waiting is the hardest part of life :(

Hmm, tunggu je la, nama pun hidup, let see what's going to happen next, and just follow the flow. Moga manis2 aja, huhu..inshaAllah

June 27, 2010

gue kecapekan...

Salam alaykum

Penat, penat, penat, penat, penatttttttttt, penattttttttttttttttttt!!! Ya tuhan, penat sangat2. Itu saja yang boleh aku kata. Apapun..alhamdulillah, nyawa masih ade..udara masih boleh disedut..mata terbuka masih..terang masih dirasa..

Itu saja nak cakap..yang selanjutnya akan datang..sebab gue kecapekan, nak layan sang mata ni yang lip lap lip lap dari tadi dengan kelajuan di luar kawalan :D

Selamat Malam..Assalamu 'alaykum

June 23, 2010

Menghitung...


Salam 'alaykum 

Kembali menjengah blog. Kejap tenggelam, kejap timbul, kejap ade, kejap x dok. Rasa makin membosankan. Ini aku. Aku yang korang x kenal, ade habit macam ni. Aku yang cepat bosan. It's very dangerous stuff untuk aku lalui hari2 akan datang, hmmm..yup, dat's what i'm thinking rite now. Aku ada sebab tuk fikir macam tu.

Ok, kalau ada yang perasan, entry kali ni guna dhomir aku. Dhomir = kata ganti nama. Kalau sebelum2 ni, guna ana, kali ni nak try guna aku pulak. Aku bahasa melayu, ana bahasa arab. Sama je. Kalau guna ana, macam bajet baik je kan, and kalau korang nak tau, aku ni bukannye baik sangat. Iman bertambah sikit tapi berkurang je banyak. Teruk.

Menghitung cuti, three weeks cuti dah nak abis, rasa macam sekejap je. Hari tu, masa mula2 nak cuti, rasa x best pun, tapi bila dah lama cuti ni, rasa berat pulak nak start semula. But u know guys, that's mean aku punye study makin hampir ke penamatnya. I like..very2 like :)

Menghitung berat, hahaha..tadi cakap berat je nak start semula. Betul la tu, makin membesar..waaaaaaaaa!!! Nafsu makan kt rumah lagi hebat. Aku kalah!!! Rasa lemak ini makin bertepu. Ape boleh buat, makan sedap2 kat sini. Melantak semua, sebab semua pon boley...apa2 pun boley **ayat macam kenal je.

Menghitung hari, aiyarkkk, nak kena praktikum lagi 28hb ni. Dua bulan la pulok. Ade 4 hari lagi, xdok langsung preparation. Udah le nak ngajar Arab, mau cakap apa donk. Anta antuma antum, anti antuma antunna, ana nahnu..boley? Pun boleyyyyyyy.

Menghitung rm. Duit x banyak ujung2 sem ni. Kredit pun jarang ada. Tapi xpe, aku takde org penting untuk bermesej. Mujur jugak sem baru nak bukak. Dapat duit lagi, ye ye. Elaun semester + elaun praktikum sem lepas + elaun praktikum sem ni 2 bulan. Wahh..kaya aku..hehe. Alhamdulillah...

Menghitung dosa, korang ade?? haha. Korang xde kot. Sebab aku rasa aku banyak dosa, aku nak jadi baik macam orang lain, tapi selalu kalah. Yup, aku kalah lagi. Bukan macam France kalah bola malam tadi, score 2-1, tapi kalah dengan defisit gol yg amatttttttt. Ye, yang amatttttt banyak. Astaghfirullah...

Bueno, esto es todo por hoy. Haa..ade paham?? Well, that's all for today, nak cakap tu je pun. Hmm..ok lah, penat dah menghitung macam2, nak layan bijik mata jap - orang kata qailulah before zohor..ahaha. Salam..


June 11, 2010

Tulis ape2 je


Salam 'alaykum

كيف حالكم جمعياً؟ اتمنى ان تكونوا على أحسن حال إنشاء الله :)

Dah lama tak menulis, tak tau sebab ape. Mungkin sebab xde ide sangat. Hari ni pun xde idea nak tulis ape. Saja suka2, dari terus menyepi, baik ana tulis ape pun.Selamat membaca..
 
- 2010 FIFA world cup@ South Africa -
Pergi mana2 pun, semua akan cakap pasal ni..itulah kan, tak tau sebab ape, tapi mungkin benda alah ni ada 4 tahun sekali, pastu pulak sebab dia sukan bola, sukan no 1 atas muka bumi ni, mana la orang tak selalu cakap pasal ni. Ana biasa2 je, hehe. Minat jugak, tapi xdela gila sampai nak makan bola, tido bola, mandi bola. Team fevret ana, Spain ngan Italy. Dah menang Euro08, harap dapat world cup lak, tuk pertama kalinya..Kalau Spain ngan Italy x dapat, England, then baru Brazil..ekeke (^_^) Malam ni, 1st kick off, RSA vs Mexico..agak2 sape menang??


- mavi marmara -
tak tau nak cakap ape lagi pasal kekejaman Israel ni. Orang datang atas dasar kemanusiaan, nak bagi bantuan, tapi dia menyibuk cakap xleh. Betul kan, berani kerana benar, takut kerana salah. Dia makin takut, sebab tu dia buat macam2. Apepun, insiden kt kapal mavi marmara ni, dah bukak mata dunia seluas2nya tentang kekejaman Israel. Palestine, tomorrow you'll be free, inshaAllah.

- award & tagged -
1st time dapat award dari saudari manna_salwa bulan lepas *syukron. 1st time kena tagged ngan junior ana, si ajoy beberapa hari yg lepas. Actually, ana tak tau nak buat ape ngan 2 2 benda ni. Tengok macam best je, tapi still blur kepala otak ni ngan benda2 tu. Sape tau, tolong ajar..weeeeee :)

- simbol yang simbolik -
Korang semua pernah tak tengok simbol2 yang semacam ni :

(◑‿◐)(◕‿◕✿)(◡‿◡✿)(●*∩_∩*●)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)(◑‿◐)
☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.• 

3 perkataan yg ana boleh cakap, menarik, unik, kreatif. Selalu nampak benda ni kat Fesbuk, kadang2 jumpa kat blog jugak. My question is, macam mana nak buat benda ni. Copy paste ke atau memang kena ade kreativiti dalam diri?

- balik kampung -
1st time balik kampung bukan ngan bas tp ngan kete, tapi kete kawan la, nak ade kete sendiri rasanya bila keje baru dapat merasa. Apepun, best jugak, senang nak berhenti rehat, nk gi tandas.

- kenduri kawin -
cuti sekolah masa tuk kawin..hehe. Banyak dapat jemputan dari kawan2. Kawan2 yang kawin jugak kawan2 yang abang akak dia kawin. Cuma terkilan sebab kebanyakannya x dapat nak datang sebab jauh..huhu. Poket lak kosong, kebiasaan tuk student bila ujung sem..hehe * orang lain x macam ana kot :) Selamat pengantin baru especially buat abg Fizan ngan pasangannya kak Aminah..moga kekal hingga akhir hayat.

- cuti -
bila dah dapat peluang cuti, rasa nak cuti abis-abisan *maksudnya?? Erm, mungkin mood cuti ni ade kaitan ngan kesepian blog ni..huhu. Tapi apepun, masih kena tolong abah wat keje..so, tak leh abis-abisan sgt cutinya..