June 28, 2010

just follow

Assalamu'alaykum

Semalam perjalanan yg amat memenatkan, pahang - perlis. Kalau bukan sebab sesat kt KL tuh, xde la sampai 12 jam duk bertenggek dalam kete. Sengal segala2. Yup..sesat di kuala lumpur, macam lagu la pulak.

Perjalanan semalam macam ni : karak - kl - seremban - perlis

Tapi yang sleek nye, dr kl nak ke seremban, tersesat sudaaa. Point penting kat sini, aku dan kawan2 bukan orang kl. No. plat kereta trang tang tang tulis CCN..pure pahang di situ. So, x malu di sini nak cakap yang ktorg kesesatan. Terlajak simpang je pun, tapi korang pun tau kan, once dah terlajak kat highway, susah nak u-turn smula. Bila dah jadi macam tu, jalan2 makan angin la. Masing2 tercari2 jalan keluar. Mencari kebenaran...huhu

Mujur dengan ketenangan hati dan rasa pengharapan kepada Tuhan semata2, kebenaran ditemui jua..ayat keinsafan la pulak...haha

Perjalanan dari seremban jam 1 petang, sampai perlis jam 9 malam. Tapi apapun..dengan sesat tu la, ktorg boleh tau sikit2 jalan2 kt kl yang dah macam akar serabut pokok kelapa kat belakang rumah.

Tapi best, baru ade feel jalan jauh, sebab dengan kereta. Siap ade bekal makan lagi tersedia..thnx to Farah. Next cuti is cuti raya, dats mean, balik kampung masa puasa la kan, so Farah, aku nak mintak disediakan bekal bukak puasa pulok..haha. Sediakan jgak lagu2 raya dalam kete tu.. :P

Ok, berhenti di situ, citer kat asrama pulak. Waduh2..sengal2 badan lagi bertambah bila kena bawak turun berkotak2 barang dr tingkat 3 ke bilik baru kat ground floor. Ingat nak campak ke bawah je kotak2 tu sume, tapi sebab bakal ustaz..kena jadi baik..kena hormat ilmu2 yang berat 3 4 kg ++ kt dalam tu..huhu..insaf. Kuatkan la hati, tangan, kaki, jari, segala2nye lah tuk bawak turun khazanah tu.

Then, baru petang tadi selesai mengemas, walaupun terpaksa berimas rimasan dengan sawang sawangan dan habuk habukan..tapiku gagahi jua..poyoss je.

Esok pulak, kena start praktikum dah. Episod pertama sem. ni bermula dgn praktikum 2 bulan. Macam biasa kemalasan tahap gaban sudah muncul bila nak start something new nih. Aku perlukan masa tuk biasakan diri. Harap2 tak lama. Permudahkanlah segalanya ya Allah.

Tapi harap sangat2 masa berlalu dengan cepat, boleh habis cepat..hmm..betul la sangat, waiting is the hardest part of life :(

Hmm, tunggu je la, nama pun hidup, let see what's going to happen next, and just follow the flow. Moga manis2 aja, huhu..inshaAllah

2 comments:

afizan azman said...

kalau saya sesat di jalan ada GPS leh tunjukkan...harap2 kalau saya sesat di dunia Allah ni, adalah kawan2 yg boleh tegur dan nasihatkan. insyaAllah.

محمد فردوس سعد said...

@afizan azman

alhamdulillah..sama2 la kita ye..saling topup menopup ape yg kurang :)