July 23, 2010

Benar atau Salah

Salam 'alaykum semua,

Dah lama rasanya x menulis, sekarang tengah sibuk dengan keje dunia...haha. Sedang berpraktikum. Sedang bermadu asmara dengan lesson plan, portfolio, bbm, buku latihan budak2, presentation, refleksi, jurnal, teori...mak aihh..fenin la feninnnnn. Tido memang ntah kemana. Hari jumaat macam ni memang melegakan sebab cuti akan bermula.

Seperti biasa, monday is monday..always black, nak jadi putih..jauh sekali. Ahhh..sabar masih ada, rasional tetap ada dalam berfikir, menyebabkan kewarasan masih milikku, wayar putus milik mereka jua..haha

Hari ni abis sudah 4 minggu, menunggu 4 minggu seterusnya, yang confirm lebih memeningkan kepala. Masuk hari ni dah 6 hari x sihat..cumanya dah beransur pulih..flu, sakit tekak, sakit kepala. Kugagahi jua demi anak2 bangsa..hehe.

Benar @ salah. Itu persoalannya. Semalam ade baca berita tentang cikgu cabul anak murid. Link di sini yang menceritakan utusan ngan hmetro. Hakikatnya malu tetap ada, hakikatnya jugak, benda tu terjadi di sekolah praktikum aku. Huhuhu...semalam terlibat dengan mesyuarat tergempar. Kesian GB..berleter panjang, tapi syok tgk dia berleter. Hehehe.

Hakikatnya juga, aku datang pagi semalam masuk bilik mesyurat penuh dengan kebluran + nervous lecturer mai nak observe, hakikatnya lagi, aku semacam tahu berita sebenar, hakikatnya, sapa benar, sapa salah..kenalah kaji...

Hidup dalam dunia ni ade peraturan, ade disiplin yang telah ditetapkan, patuhinya, ikut prosedur lau nak buat satu2 benda. Jangan membabi buta, sakit weh lau pakat nak sondol sume yang depan mata..**paham kot.

Hakikatnya, Tuhan dah ajar manusia;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak dingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujuraat, ayat 6).

Hakikat lagi, manusia ada akal, gunalah sebaiknya. Hakikatnya, tabayyun tu penting (penyelidikan) sebelum nak percaya satu2 benda.

Hakikatnya, benar dan salah satu2 benda, kita boleh tentukan...tapi...


6 comments:

syauqah wardah said...

teruskan perjuangan... hehe

pernah jadi guru sementara, tu pown sampai demam2... ngee..

tak suka buku rancangan mengajar... tak suka sangat2...

Anonymous said...

uit... jgn ckp lbey2 da... nnt Gb bsing lg... @_+

jane said...

smuanya brmula dari rumah

didikan ibu bapa pencorak segalanya

n saya percaya itu;)

محمد فردوس سعد said...

syauqah : syukron..ic, pengalaman yg best kan? dalam derita ade seronok dia..haha

محمد فردوس سعد said...

anon : xpe la, suka la dengar dia bebel..kesian pun ade tgk..huhu

محمد فردوس سعد said...

jane : btul, jgn semua nk beban pada guru saja, sbb bila satu2 bnda jd, kita jugak di salahkan..x fair lgsung..

mmg beza sgt zaman skrg ngan dolu2..