July 05, 2010

Ketika ini..setahun berlalu...

Salam 'alaykum
Buat semua pembaca, moga sihat hendaknya dan sentiasa bahagia dengan rahmatNya..

Hmm..setahun dulu, pada detik dan ketika ini, perasaan aku penuh dengan kekacauan, keresahan, kesedihan, kepiluan. Lebih kurang dua jam lagi, genap setahun mak pergi dijemput Ilahi.

Dari tadi, kepala ni asyik teringat dengan detik2 terakhir kat hospital tu. Masa tu, aku tak dapat tidur langsung, memang berjaga di kerusi betul2 depan pintu HDW (high dependency ward). Aku rasa malam tu akan ada benda je yang akan berlaku.

Dari depan pintu tu, aku leh nmpk nurse2 yang bertugas malam tu. Memang waris tak boleh masuk duduk di sisi pesakit, sungguh aku x suka. Kami sedara mara duduk kat luar, bentang tikar. Memang kebanyakannya dah tidur, kepenatan. Ada jugak keluarga2 lain kat situ.

Kadang2 aku terdengar bunyi mesin bantuan pernafasan, memang mengganggu. Bunyi kadang2 panjang tak berhenti..kadang2 berhenti kejap. Benda tu buat aku jadi lagi risau. Aku pandang dalam, nampak nurse ulang alik ke katil mak. Ada apa2 ke jadi kat mak? Memang x sedap hati dah sejak dari petang tu, sebab kata doktor, peluang memang makin tipis. Jantung mak berdenyut pun 80% dengan bantuan mesin.

jujur aku cakap, setiap kali lepas solat, aku berdoa, kalaulah masanya makin hampir, Kau ambillah dia dariku. Kalau bukan sekarang, Kau panjangkanlah umurnya. Aku redha kalau mak diambil selama2nya. Dari melihat dia dibelit wayar2, dicucuk jarum2, lebih baik dia bersama penciptaNya. Kesian, kadang2 badan mak bergerak2 sikit, aku dapat agak, memang dia x selesa, mesti lenguh2. Mata memang x boleh bukak dah. Aku tengok lebam belakang badan, kesan baring yang sangat lama. Yang mampu aku katakan, kesian kat mak.

Dulu, kalau mak sakit belakang, mak mesti mintak aku urutkan badan dia. Tapi sebulan sebelum mak pergi, masa cuti sem, pernah mak mintak aku urut, tapi mak cakap urut perlahan2 je. Nak kata perlahan yang mak mintak tu, just macam letak tangan sambil belai2 lembut je, memang aku xboleh tekan2 masa urut tu, kalau tertekan sikit, mak akan sakit. Rupa2nya, itu tanda mak akan pergi.

Dalam jam 3.05 pagi, memang aku berdebar bila nurse panggil waris Zaharah binti Abdullah, aku bangun, gerak abang sulung. Kami pergi masuk dalam, mendengar khabar "mak cik dah takde"...kata doktor perempuan tu. Doktor tu menangis. Ya Allah..tak dapat nak kata perasaan time tu. Aku tengok kat katil tu, memang mak dah dibalut kain putih, cuma wajah kaku yang terlihat.

Aku cium mak..aku sedih, aku hidup dengan mak hampir 21 tahun, tiba2 mak pergi, memang betul2 kehilangan. Aku sedih, aku menangis. Aku keluar bagitau yang lain, menangis, sikit2 kenangan aku ingat semula, teringat time aku buat mak marah, teringat senyuman mak.

Time tu jugak, 1st time nampak abah menangis. Katanya, salah dia sebab benarkan doktor buat operation tuk tebuk leher mak, nak cuci kidney mak tu. Tapi, itu taqdir..kita x leh lawan kuasa Dia.

"ibu, bergenang air mataku,
terbayang wajahmu yang redup sayu
kudusnya kasih yang engkau hamparkan
bagaikan laut yang tak bertepian"

Ketika ini, setahun berlalu,  sungguh, tanganku berketar dan menggigil menulis entri ni, jatuh lagi air mata aku kali ini...doaku untuk mak, semoga mak bahagia di sana...al-Fatihah.


11 comments:

~rahsia hati puteri~ said...

sdih...smoga tabah...

afizan azman said...

salam firdaus...ya Allah, menangis saya baca entry awak. entry yg paling menyentuh hati pernah sy baca. entry yg benar2 buat saya makin rindu pd mak saya...terima kasih sgt2 firdaus.

ya Allah...hari ni maybe hari awak, esok lusa saya pulak. dan mungkin saya tak sekuat awak. ya Allah, kuatkan lah aku kala saat itu tiba...

terima kasih byk2 firdaus.

Anonymous said...

alfatihah.... !_!

syauqah wardah said...

Ya ALLAH.....

First time berpisah dgn mak ngan ayah, skrg ni dengar suara dorang kat telefon je dah menangis
teresak2...

Al-fatihah utk ibu awak...

محمد فردوس سعد said...

aina : syukron..semakin tabah inshaAllah

محمد فردوس سعد said...

bro fizan : xde ape, luahan hati kdg2 terpaksa diluah, agar bebanan tu berkurangan..tq jugak sbb memahami..

harap abg fizan lebih kuat tuk tempuh segalanya nnt

محمد فردوس سعد said...

anon: syukron..alfatihah

محمد فردوس سعد said...

syauqah : taqdir Tuhan penentu segala, harap dpt lebih kuat lepas ni..

alfatihah

Lt. fDanialz said...

Al-fatihah..

bace entry ni wat aku menagis,, bersyukur sangat2 umo kite masih lagi dipanjangkan.. kena salu taubat

Bazz Rianne said...

daripada Allah kita datang daripada Allah kita kembali,
mg arwah mak awak tenang di sana berkat doa anak2 soleh..

cik.fatin said...

al-fatihah..semoga anda tabah