August 17, 2010

آسف- mianhae

Salam 7 Ramadhan, salam 17 Ogos..

Sejak dari 1st day puase, aku jadi senang nak ingat tarikh islam ni, sebab lebih kurang kan, dan itu amatlah bagus. Bila nak tulis tarikh kat whiteboard pun laju je, x payah nak bilang2 ngan jari, xpun nak kena wat segmen meligatkan otak untuk mengimbas kembali zaman dulu :)  **hoho..kes kena tegur ngan lecturer sebab x terapkan unsur2 islam kat budak2..

Malu gak kot bila ada budak2 tanya berapa haribulan hijrah hari ni? Jawapan meng"cover" ketidaktahuan tu, "saya tak nak cakap, kamu carik sendiri, keje rumah kamu, esok saya tanya sapa2 je, tak dapat jawab, pi cium pokok, sambil cakap kuat2 "ustaz sangat baik hati", kahkah.. :P

Bila aku habis bagi arahan tu, mula la kedengaran bunyi tebuan sesat masuk kelas, aaaaaaaaaaaaaaaaaa..ustaz ni....(%(#(#%)_(%..ntah, aku pun x paham ape dorg cakap. Last2 aku bagi up sikit suara..terus aman damai, hening semacam je kelas..**haha..itu aku yang tak cemerlang..

Ok, salah sape sebenarnye? Aku rasa macam aku je yang salah..haha. Ok, ok, i admit i make a mistake, huhu, but malu la kan nak cakap tak tahu depan budak2. Ego aku di situ..ngehngehngehhhh.

Normal untuk masa ni cakap tak tau, sebab orang sekarang lebih ingat tahun masihi berbanding hijrah, termasuk la orang yang menulis ni. Kalau nak alasan, mudah je aku nak bagi, sebab sistem dunia sekarang barat yang punya, semua perkara konfem2 akan terkait dengan mereka2 itu. Kita pulak dah biasa dengan benda2 ni..tu pasal r masalah macam ni timbul.

Sebab tu ada kata2 : biasakan yang betul, betulkan yang biasa.. Huhu..aku masih mencuba, praktikum je pun, time2 ni la nak belajar benda2 asas macam ni. Nanti masa2 depan inshaAllah aku ingat benda nih. Then, baru la rasional nak bagi denda macam tadi..hehe.

nota kaki aku :
* muqaddimah je sebenarnye ni, tapi terasa macam panjang je so aku stop dulu, lagipun idea yang real dah hilang..adoyaiiii
* bangga dengan anak2 murid, sebab ingatkan aku tuk menghargai usaha umar asadullah..aku pulak..huhu..malu2
* aku bukan manusia yang xnak mengaku kesilapannya k.. :D
* - maaf -

August 11, 2010

Berkat, itu persoalannya.. **download Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”~Riwayat Ibnu Majah~

Salam semua, salam Ramadhan Kareem..

Beberapa hari kebelakangan ni blogger2 yang meng"update" blog mereka2 dengan menulis entri pasal Ramadhan. Aku pun xnak terkecuali, sebab benda baik, nak jugak buat. Peringatan2 macam ni memang penting dan bermanfaat untuk umat Islam yang mengaku Islam dan beriman agar sentiasa beringat dan tidak lalai dengan mainan dunia yang sementara..**see, disitu muqaddimah tazkirah aku..hehe..mantop kan..

 salam ramadhan kareem : sumber google

Aku nak kongsi tentang satu hadis nabi, mafhumnya macam yang dah termaktub di atas tu. Kalau baca macam tu pun, ramai dah boleh faham, dengan syarat berfikir menggunakan aqal untuk memahamkannya. Kalau guna kepala lutut, anda akan paham separuh, separuh lagi ter"stuck" tidak dapat diproses untuk difahami.

kalau ada hati yang cekal,
manusia contoh itulah nabi,
kalau anda menggunakan akal,
segala perkara mudah difahami.. (^_^)

Haha, ntah ape2 je, tiba ada rasa nak berpantun. Ok, try la tanya kat sape2 pun, apa yang mereka2 itu nak dapat pada bulan mulia ni, mesti jawapan diterima, semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya, harapnya keberkatan akan memayungi diri ini..macam2 lagi la..buktinya, anda tengok la FB sendiri, ramai kawan2 anda yang akan menulis status penuh hikmah seperti ini. Nak bukti?? ok, dalam masa 3 minit, pi bukak FB dan lihat sendiri...betul kan?? heheeee

Ok la, x boleh mengarut lebih2 bulan puasa ni...terus pada pengajaran yang boleh kita ambil dari hadis nabi yang di atas.

**lapar dan dahaga tanpa ganjaran adalah balasan untuk mereka yang hanya berpuasa tidak makan dan minum tanpa menghayati roh Ramadhan itu**

**puasa bukan sahaja bermaksud menahan diri dari makan dan minum, tapi jugak tahan diri dari semua perkara yang boleh membatalkan puasa mula dari masuk waktu subuh sampai la waktu maghrib..lau x tau ape dia perkara yang membatalkan puasa, pi bukak buku anak2 / adik2 anda tahun 6**

**selain isi kandungan dalam buku teks tahun 6 tu, anda jugak perlu menahan mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan segala pancaindera anda dari berkelakuan tidak senonoh..anda fikir, anda faham**

**terbentuknya muslim sebenar dengan Madrasah Ramadhan ini dengan penghayatan sebenar Ramadhan, sehingga merasakan Ramadhan bukan satu bebanan sebaliknya suatu kemanisan yang amat sedap untuk dinikmati, hingga menjilat jari..**

**hanya melalui penghayatan sebenar itu sajalah yang akan melahirkan insan yang difirmankan oleh Allah sebagai لعلكم تتقون _al-Baqarah_183**

Hmm..ok la, tulis sikit2 je, panjang2 nanti bukan ada yang nak baca..huhu. Kat sini, aku sertakan sekali link tuk download Imsakiah Ramadhan aka Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Negeri-Negeri Seluruh Malaysia untuk Ramadhan 1431h / 2010 miladiyah.

**pssttt...waktu maghrib time ramadhan, memang orang akan alert terlebih, kalau x..pandang sebelah mata je..sampai maghrib ntah ke mana..insaflah kita semua...


**sumber JAKIM


Salam 'alaykum..kullu 'am wa antum bikhair..




August 07, 2010

عندما يسبِّح الحب - ketika cinta bertasbih (special Ramadhan)

Salam buat semua pembaca blog ni..harap masih sihat2 saja.

Kali ni nak cakap pasal KCB. Memang aku tak malu nak kata, yang aku memang minat cerita ni, penuh unsur2 islam, terutamanya dalam satu perkara yang orang zaman sekarang ni x pernah nak ambil peduli iaitu isu mu'amalah lelaki perempuan.

Ok, aku tak nak ulas panjang2, sebab rasanya semua dah tahu kot tentang mesej2 yang nak disampaikan dari cerita ni.

 ehsan google : KCB drama sempena Ramadhan 1431h

Kali ni, KCB kembali lagi, dalam bentuk drama, khabarnya ditayangkan sempena Ramadhan yang bakal datang ni. Semalam aku dah tengok sampai episod 3. Hasilnya memang best, pendapat aku la. Lebih banyak dugaan yang dihadapi Azzam sejak kahwin dengan Anna. Dugaan dalam berumahtangga.. :)

Rasanya TV kat malaysia xde tayang citer ni, so kalau nak tengok kena la download. Pelakon2 movie yang dulu masih dikekalkan. Cuma ada tambah beberapa orang baru. KCB drama ni sudah mula ditayangkan pada 27 Julai 2010.

Sape2 nak download, boleh pergi kat page AMH team ni. Sekarang ni baru ade episod 1-7. Dengar citernye, ade sampai 50 episod, aku x pasti la pulak betul ke tak. Kalau ade yang berminat, korang pandai2 la update sendiri infonya.

Ok, sampai sini saja. Selamat mendownload n selamat menonton.



August 02, 2010

Ahlan..Hadiah dari Tuhan =)

Salam all.

Sebelum masuk kelas, nak menulis sikit. Walaupun BBM x siap lagi, tapi nak menulis jugak. Lagipun budak2 pandai, x payah BBM macam2 pun xpe..**haha, mujur sebab xde observe jaa..

Sebab ape semangat sangat nak menulis? Sebab pagi tadi, pas abis perhimpunan, dpt mesej abg jai :

"Salam, alhamdulillah akak dah selamat bersalin, dpt baby girl..terima kasih atas doa kalian"

 Iman Shauqina, masih pejam, sebab baru keluar pagi tadi..fresh dari ladang..haha

Haha..alhamdulillah, senyum lebar aku pagi ni, mula2 xde semangat nak datang sekolah, alih2, dapat berita ni, terus ceria pagi aku. Memang la bukan anak aku, tapi aku tumpang gembira dengan kehadiran orang baru.

Dalam masa tiga hari, Allah bagi 2 orang baru dalam keluarga ni. Terima kasih Tuhan. Hadiah daripada Tuhan. Jumaat hari tu, baby kak ngah, Muhammad Firdaus Haikal, hari ni baby abg jai, dengarnya akan diberi nama Iman Shauqina..sedap nama tu..

 Muhammad Firdaus Haikal - 3 hari dah..

Tahniah3x..buat Nuha Qistina, pasni pak andak layan lebih kat 2 orang baru ni..hehehe, Nuha dah besar..buang2 la botol susu tu, bagi kat ur sister lak.

 see..botol masih ditangan..

Doa aku, moga2 dua orang insan baru ni menjadi anak yang soleh, solehah, taat pada ajaran Allah..menjadi khalifah yang sebaik mungkin atas muka bumi ni, hidupnya memberi faedah pada orang lain..inshaAllah...

August 01, 2010

welcome to the new world, moga soleh hayatmu ini

Salam buat semua.

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Alhamdulillah, bulan 7 tahun lepas menyedihkan, bulan 7 tahun ni menggembirakan. 30/7, datang orang baru dalam keluarga. Tahniah untuk Angah ngan suami, Abg Faizal. Nama baby boy dorg ada sikit persamaan dengan aku, tu yang aku suka...plus comey giler budak nih. I like.

Nama dia Muhammad Firdaus Haikal, me pulak Mohd Firdaus. Alhamdulillah jugak sebab baby dah makin stabil, doktor cakap masa mula2 lahir, jantung baby lemah sebab lahir ngan operate. Kesian gak kat angah sebab tak dapat bersalin normal, tenaga tak cukup nak "push" baby time tu. Apapun, harap makin ok lepas ni.

 Muhammad Firdaus Haikal ~ anak buah Mohd Firdaus :)

Tak sangka leh dapat anak buah awal sebab sebelum ni doktor jangka lahir tengah bulan lapan, tapi Tuhan lagi berkuasa, awal jugak keluarnya. Tak pun, mybe sbb x sabar nak jumpe pak andak dia, nama sama la katakan..kekeke..

Ni anak sedara kedua lepas Nuha Qistina. Nuha pulak tengah tunggu adik dia, dalam bulan 8 ni jugak. Mungkin dalam minggu ni. Wahhh..meriah keluarga ni bila tambah orang baru.

Memang yang datang tak sama macam yang sudah pergi, tapi sekurang2nya menjadi penawar sunyi kehilangan yang tersayang. Pak Andak ucapkan ahlan ke dunia baru tuk Haikal, moga jadi hamba yang soleh pada Allah, menjadi manusia yang berguna tuk makhlukNya. 

 jadi baby baik sekarang, besar nanti jadi orang baik...

Tak dapat nak balik tuk tengok Haikal, nak cium puas2, yang ada pun sekarang ni, gambar je. Comeyyyyyyy budak ni..geram tengok. Pak Andak sayang sama kamoo, sebab anak sendiri xde lagi..hahaha. **aku memang berangan nak ade anak sendiri, tapi calon hidup entah kat mana la..huhu...

Sekarang diri aku penuh dengan ketidaksabaran, tak sabar nak abis praktikum, tak sabar nak jumpa Haikal, tak sabar nak tunggu baby Kak Shima pulak (adik nuha), x sabar nak puasa **baiknye dia..hakhakhak..

Salam sayang pak andak buat Haikal, sihat2 aja ya. Harap umur dipanjangkan Tuhan untuk kita bertemu, tunggu Pak Andak Syawal nanti. Ilal liqo' ma'as salaamah