August 11, 2010

Berkat, itu persoalannya.. **download Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”~Riwayat Ibnu Majah~

Salam semua, salam Ramadhan Kareem..

Beberapa hari kebelakangan ni blogger2 yang meng"update" blog mereka2 dengan menulis entri pasal Ramadhan. Aku pun xnak terkecuali, sebab benda baik, nak jugak buat. Peringatan2 macam ni memang penting dan bermanfaat untuk umat Islam yang mengaku Islam dan beriman agar sentiasa beringat dan tidak lalai dengan mainan dunia yang sementara..**see, disitu muqaddimah tazkirah aku..hehe..mantop kan..

 salam ramadhan kareem : sumber google

Aku nak kongsi tentang satu hadis nabi, mafhumnya macam yang dah termaktub di atas tu. Kalau baca macam tu pun, ramai dah boleh faham, dengan syarat berfikir menggunakan aqal untuk memahamkannya. Kalau guna kepala lutut, anda akan paham separuh, separuh lagi ter"stuck" tidak dapat diproses untuk difahami.

kalau ada hati yang cekal,
manusia contoh itulah nabi,
kalau anda menggunakan akal,
segala perkara mudah difahami.. (^_^)

Haha, ntah ape2 je, tiba ada rasa nak berpantun. Ok, try la tanya kat sape2 pun, apa yang mereka2 itu nak dapat pada bulan mulia ni, mesti jawapan diterima, semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya, harapnya keberkatan akan memayungi diri ini..macam2 lagi la..buktinya, anda tengok la FB sendiri, ramai kawan2 anda yang akan menulis status penuh hikmah seperti ini. Nak bukti?? ok, dalam masa 3 minit, pi bukak FB dan lihat sendiri...betul kan?? heheeee

Ok la, x boleh mengarut lebih2 bulan puasa ni...terus pada pengajaran yang boleh kita ambil dari hadis nabi yang di atas.

**lapar dan dahaga tanpa ganjaran adalah balasan untuk mereka yang hanya berpuasa tidak makan dan minum tanpa menghayati roh Ramadhan itu**

**puasa bukan sahaja bermaksud menahan diri dari makan dan minum, tapi jugak tahan diri dari semua perkara yang boleh membatalkan puasa mula dari masuk waktu subuh sampai la waktu maghrib..lau x tau ape dia perkara yang membatalkan puasa, pi bukak buku anak2 / adik2 anda tahun 6**

**selain isi kandungan dalam buku teks tahun 6 tu, anda jugak perlu menahan mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan segala pancaindera anda dari berkelakuan tidak senonoh..anda fikir, anda faham**

**terbentuknya muslim sebenar dengan Madrasah Ramadhan ini dengan penghayatan sebenar Ramadhan, sehingga merasakan Ramadhan bukan satu bebanan sebaliknya suatu kemanisan yang amat sedap untuk dinikmati, hingga menjilat jari..**

**hanya melalui penghayatan sebenar itu sajalah yang akan melahirkan insan yang difirmankan oleh Allah sebagai لعلكم تتقون _al-Baqarah_183**

Hmm..ok la, tulis sikit2 je, panjang2 nanti bukan ada yang nak baca..huhu. Kat sini, aku sertakan sekali link tuk download Imsakiah Ramadhan aka Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Negeri-Negeri Seluruh Malaysia untuk Ramadhan 1431h / 2010 miladiyah.

**pssttt...waktu maghrib time ramadhan, memang orang akan alert terlebih, kalau x..pandang sebelah mata je..sampai maghrib ntah ke mana..insaflah kita semua...


**sumber JAKIM


Salam 'alaykum..kullu 'am wa antum bikhair..




2 comments:

syauqah wardah said...

iye, tazkirah yang mantop.. hehe

Mario said...

yela fir,,,biasa mmg akan dapat lapo dan dahaga jela ek....kena jaga betul2 ni...