August 01, 2010

welcome to the new world, moga soleh hayatmu ini

Salam buat semua.

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Alhamdulillah, bulan 7 tahun lepas menyedihkan, bulan 7 tahun ni menggembirakan. 30/7, datang orang baru dalam keluarga. Tahniah untuk Angah ngan suami, Abg Faizal. Nama baby boy dorg ada sikit persamaan dengan aku, tu yang aku suka...plus comey giler budak nih. I like.

Nama dia Muhammad Firdaus Haikal, me pulak Mohd Firdaus. Alhamdulillah jugak sebab baby dah makin stabil, doktor cakap masa mula2 lahir, jantung baby lemah sebab lahir ngan operate. Kesian gak kat angah sebab tak dapat bersalin normal, tenaga tak cukup nak "push" baby time tu. Apapun, harap makin ok lepas ni.

 Muhammad Firdaus Haikal ~ anak buah Mohd Firdaus :)

Tak sangka leh dapat anak buah awal sebab sebelum ni doktor jangka lahir tengah bulan lapan, tapi Tuhan lagi berkuasa, awal jugak keluarnya. Tak pun, mybe sbb x sabar nak jumpe pak andak dia, nama sama la katakan..kekeke..

Ni anak sedara kedua lepas Nuha Qistina. Nuha pulak tengah tunggu adik dia, dalam bulan 8 ni jugak. Mungkin dalam minggu ni. Wahhh..meriah keluarga ni bila tambah orang baru.

Memang yang datang tak sama macam yang sudah pergi, tapi sekurang2nya menjadi penawar sunyi kehilangan yang tersayang. Pak Andak ucapkan ahlan ke dunia baru tuk Haikal, moga jadi hamba yang soleh pada Allah, menjadi manusia yang berguna tuk makhlukNya. 

 jadi baby baik sekarang, besar nanti jadi orang baik...

Tak dapat nak balik tuk tengok Haikal, nak cium puas2, yang ada pun sekarang ni, gambar je. Comeyyyyyyy budak ni..geram tengok. Pak Andak sayang sama kamoo, sebab anak sendiri xde lagi..hahaha. **aku memang berangan nak ade anak sendiri, tapi calon hidup entah kat mana la..huhu...

Sekarang diri aku penuh dengan ketidaksabaran, tak sabar nak abis praktikum, tak sabar nak jumpa Haikal, tak sabar nak tunggu baby Kak Shima pulak (adik nuha), x sabar nak puasa **baiknye dia..hakhakhak..

Salam sayang pak andak buat Haikal, sihat2 aja ya. Harap umur dipanjangkan Tuhan untuk kita bertemu, tunggu Pak Andak Syawal nanti. Ilal liqo' ma'as salaamah



4 comments:

ZihNuN FaTiN said...

baby sume comel2...akk pn nk baby jgk tp xkwin2 lg..hahha..

kim slm haikal ye...hehe

pandainya dia senyum...itu dipanggil social smile...=)

syauqah wardah said...

amboi, comelnyer...

jeles..

محمد فردوس سعد said...

zihnun :haha..dh nk kawin nnt jemput, walaupun x kenal...hehe

geram kn tgk ye snyum, dh pndai dh nk interaksi ngan org len..bgus2..

محمد فردوس سعد said...

syauqah : jeles? knp lak? kita dulu kecik2 pun comey gak..haha