September 09, 2010

bunyi macam2, ala2 palestin..

boom..piiiiiiiiiiutttttt..kepek, kepek..popp..keboooom..srttttttttttt..peppp..peppp

Agak2 apa la ye? ya, ya..betul, betul..a ah..betul la tu, ok ok..dah..dah, sume jawapan yang korang cakap, pikir, jerit, ta'akul, a'ah..betul la tu..

Aku kat kampung..

Hmm, sebelum tu, assalamu'alaykum, lupa lak nak bagi salam. :)

Sambung semula, aku kat kampung ni, dah seminggu kat pahang. Dalam menulis ni, keadaan kat sini tengah kucar kacir, booommmmmm..boomm..boooooomm. Mula dari maghrib tadi, sampai la sekarang ni, 8.30..tak ubah macam kat tempat perang. Mungkin masing2 nak merasai camne suasana kat palestin kot. Tak pun tengah berlatih, takut2 nanti kena serang ngan puak2 Bendera..haha..aku mintak jauh sume2 tu.

Aku rasa, 1Malaysia tengah berperang, bukan kt kampung aku ni je, alat perang yang diguna lebih kurang sama kot, macam meriam buluh, mercun bola, mercun roket, bawang, ape lagi eh?? aku memang tak expert langsung bila nak cakap pasal benda2 ni, sebab aku x pernah main..serius aku cakap, sebab masa kocik2 dulu, aku main bunga api je..pusing2 tangan bila bunga api tu keluarkan api la kan..cantik...haha, jiwa seni aku.

susoh bebenor cari gambar nih..mujor la jumpe..nampak tak bunga api kaler putih merah tu..itu kenangan aku..hehe..sumber : adachadisini

Tadi pulak baru aku main semula, lepas berbelas tahun aku x main bunga api ni, pelik jugak aku tengok, dah berubah eh, kalau dolu2 aku ingat bunga api dia belang2, kaler putih merah, tapi tadi bunga api dia kelabu, pemegang dia dawai besi..revolusi, evolusi, solusi, ilusi..haha..dunia dah maju.

Line rumah aku ni memang bising nak ^*&*%. Jiran kanan polis, jiran kiri polis..konklusi yang boleh dibuat? Untung dorg leh main mercun free...haha..itu cakap abang aku. Aku pun cakap jugak, sikit2 je. Syaitan dah terlepas la ni..astaghfirullah.

Raya tahun ni, ade 2 orang baru, Muhammad Firdaus Haikal dengan Iman Syauqina..best sangat bila nampak baby nih. Aku suka. Suka tengok tangan dorg gerak2, paling best, time dorg lapar, aku main2 jari kat bibir dorg, then mulut dorg ikut je jari aku tu..haha, kena tipuu..best3x..

Anyway, bulan ramadhan dah berlalu pergi, jumpa lagi ke tak ngan ramadhan akan datang. Moga amalan yang dilakukan, Allah terima, aku masih berusaha menjadi yang sesempurna mungkin. Susah la jugak nak istiqomah buat amalan, walaupun syaitan kena ikat. So aku rasa, jahatnye hidup ni lebih banyak bergantung kawalan diri kita dengan nafsu, syaitan tu perkara kedua. Tak hairan la ada hadis pasal ni, pernah sahabat bertanya Nabi saw, ya Rasulullah, apakah jihad yang besar itu? Baginda menjawab : jihad nafs (jihad melawan hawa nafsu)..itu sekadar pendapat aku. Tak dinafikan, syaitan tu sentiasa akan menyesatkan manusia sampai la kiamat nanti..

Ok la, sampai tu je yang aku boleh nak tulis hari ni. Macam biasa, tuk sume2 yang memandu balik kampung tu, berhati2, selamat sampai ke kampung terchenta, selamat hari raya aidilfitr, maaf zahir batin..minal 'aid wal faaizin..kullu 'am wa antum bikhairrrrr..robbana taqabbal minni waminkum. Terus istiqomah tuk beribadah, jangan lepas ni, iman menurun pulak :)


Satu yang x best bila raya, line phone jadi lembap..adoyaiii..aku nak mesej gak..x perlu la sume org nak bagi mesej, sampai kawan2 satu kampung pun nak bagi..pergi la rumah dorg, ucap face2face, lebih afdhol..huhu. Bukan ape, aku kesian kat mereka2 yang ade emergency tu..**munasabah kan alasan aku ;)

Pesanan lagi, yang x bayar zakat tu, cepat2 bayar, nanti sia2 je amalan Ramadhan..sucikan harta dengan berzakat. Bertakbir la banyak2, tanda syukur dgn kemenangan kita ni..inshaAllah. Salam lebaran buat semua..

Menarik..iklan ni aku paling suka raya tahun ni..jangan kontroversi sudah..


Ni iklan satu lagi..pesanan, jangan salah balik kampung..haha..