October 30, 2010

Kesian sebab kau gemuk

Salam 'alaykum wbt

Mode : lapar + sleepy + (suka bila 1-0, kuciwa bila 2-1..chehhh)

Arghhhhh..laparnye. Nafsu makan sungguh tak terkawal walaupun perut dah nak macam cengkerang kura2, like this "D". Perhati ayat itu, "dah nak macam", so, ia masih di dunia khayalan.

"Cepat buat keputusan, nak makan ke tak?"

Mula2 dah capai not merah dalam laci ni, siap dah sarung baju pun, nak pi cafe. Bila dah siap sarung, dan dan tu jugak, aku nampak ada satu wajah sama di depanku, cukup baby face + hensem + comel "sikit", yeah, sebijik macam aku. Siapakah itu?? My twin?? oh no, no, aku singgel n valueable sejak 22 tahun dulu hinggalah kini.

Tapi, kelihatannya ia agak sedikit hampir untuk menjadi sebulat bola boling. Apa yang agak hampir tu? Ntah, rahsia kerajaan.

Kembali ke realiti semula. Aku di depan cermin daa. Aduhai, cancel nak pi cafe. Bukak baju, terus melompat ke katil. Sebab cancel? Sebab bukak baju? Sebab melompat ke katil? Allah je yang tau...harap korang matikan kejap pemikiran korang ketika ini :)

An Inner Monolog:
Lapar tak lapar, demi menghayati kesusahan rakyat2 di negara bermasalah, biarlah diri ni rela tak makan. Lagipun agak kepenatan malam ni, "cuti-cuti" perlis siang tadi. Kalau baring sambil on9, dengan cuaca ala2 Auckland, senang2 je boleh terlelap mata ni.

Tapi, sampai sekarang, mata ni masih celik..

Amek inisiatif, aku update la kejap blog ni, toin, toin, tertakdir la oleh Dia entri ni, menjadi coretan untuk tatapan "dunia" dan isinya.

-------------------------------------------------------------

Aiyarkkk..aku banyak mengarut sekarang. Tapi, suka hati la, ini blog, aku yang punya :P

-------------------------------------------------------------

Masa jalan2 tadi, pi taman ular kejap, best + teruja la jugak, walaupun awal2nya rasa macam tak syok. Nama sebenar : Taman Ular & Reptilia Negeri Perlis...**oo..patutla ada biawak ngan buaya jugak..

Teruja sebab kat sini banyak spesis ular yang aku tak tau pun, sebab aku budak town..haha.

Teruja lagi sebab, first time aku tengok ular ada taik, haha, nampak beruk sedang berkasih "kot", nampak buaya mak aihhh, gedabak giler besar, nampak buaya bernama "buaya kerdil" yang huduh je, huhu..sorry to say, tapi memang tak ensem langsung. 

**buaya tu kata : ada aku kesah?? yang penting aku makhluk tuhan yang takde dosa macam korang2 semua...(erkk..dushh, wakenabeb, seyes, aku dapat rasa buaya tu cakap macam ni lepas kena kutuk dengan aku..huhu...)

Lagi, ade jugak seekor ular sawa nih, besar giler, dalam 4-5 meter kot tengah duk gagah nak panjat dinding sangkar. Haha...beberapa "pelancong yang nakal" dengan berani cuit2 manja dekat badan ular tu.

Ular sawa katakan, mana la "pelancong2" tu nak takut sebab dah la takde bisa, dalam sangkar pulak tu. Sambil cuit sambil tolak...gedebukkk, macam nangka busuk jatuh. Hahahahahaha

Salah ular tu jugak, sape suh besar sangat, ada hati nak memanjat. hahaha..tak tahan tengok dia jatuh..

Tapi sebenarnya kesian pun ada, punyalah ular tu usaha nak memanjat, mereka2 yang "nakal" menafikan cita2 ular itu. Tapi bagi aku, aku kesian, sebab kau gemuk, bergerak pun lambat je, itu pasal la kau jatuh gedebukkkk.

moral of the story:
Jangan suka besarkan badan je, last2 kau jugak yang merana. Bergerak lambat, jatuh boleh bergegar bumi, akan menjadi sungguh malas. Macam ular sawa, dapat telan lembu seekor, konfem lepas tu tak boleh bergerak dah.

**Ada kaitan tak dengan intro kat atas??

October 28, 2010

Alahai semerbaknya

Salam 'alaykum..

Deria adalah nikmat. Bau adalah deria. So, bau adalah nikmat. Haha..poning den. Cuba nak ingat salah satu cara mantiq. Lebih kurang macam tu la, tapi rasa macam tak betul je, dah lupa.. :(

Melalui hidung, kita boleh hidu macam2..even tak sehebat anjing. Bau sedap makanan, bau wangi bunga, bau hanyir darah, bau itu, bau ini, jugak bau busuk kentot :). Mujur taik hidung tak busuk kan..haha.

Sekali sekala bila flu, aduhai, azab sangat kan. Bau apa pun tak dapat nak rasa. Yang ada cuma asyik duk shrek shrekkk, popular jap shrek. Memang rasa tak cukup je, terasa diri macam abnormal, sikit lagi nak jadi OKU..haha

Cukup mengarutnya.

----------------------------------------

Pada lelaki : kalau lalu selisih dengan kaum hawa, apa korang rasa? Ada semacam benda yang korang akan dapat hidu kan. Semerbak harum carstooriyy, dan masa ni, aku rasa diafragma korang akan leper seleper-lepernya, kecut sekecut-kecutnya, otot interkosta pun dikecutkan semampu mungkin. Alahai...semerbak sungguh. Kadang2 dah 2-3 meter pun boleh bau lagi kan. 

Normal, semua suka yang cantik, wangi, yang sedap2 je kan. Tapi untuk perempuan, ada syaratnya.

Bayangkan, kalau dah kawan2 perempuan pun tertarik dengan bau wangi yang dipakai, macam mana pulak dengan lelaki? Bukan setakat tarik nafas dalam2, konfem kepala berpusing ke belakang secara auto nak tengok anak sapa yang wangi nih.

Haha..kalau itu la yang jadi, maka dosa free tuk perempuan tu sebab dengan suksesnya telah menarik perhatian ajnabi.

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina"(HR Abu Daud, Tirmidzi)

Perempuan ni aku pun tak tau nak cakap macam mana, istimewa sangat. Tu sebab banyak benda yang kena jaga.

Kalau nak gi masjid pun, Nabi larang untuk perempuan berwangi2, inikan pulak nak pergi tempat lain macam kelas, shopping complex, tempat awam dll, konfem2 kat situ lagi ramai geng2 syaitan.

“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (HR Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

Bukan aku yang cakap, Nabi saw yang cakap. Hmm..bunyi macam susah je kan, tapi mungkin tak susah kalau mereka2 itu berfikir. Fikir hikmah dan kesannya.

Bunga yang cantik + wangi, bukan seekor je serangga yang datang, aku rasa "ramai" kot. Tak caye, pi wat eksprimen. Tapi susah, sebab kena tunggu lama, so, korang caye je la cakap aku nih..haha.

Pada aku, biasa2 sudah, pakai perfume sebab body odor?? Cik kak, semua orang badan berbau. Tonyoh je la deodorant, cukup dah kot. Nak pakai perfume jugak? Hmm..aku tak tau nak cakap cumanya korang kena ingat, Allah tak suka yang berlebih2 dan melampaui batas, itu yang aku boleh simpulkan, so pandai2 la fikir.

Apa pun, aku tulis entri ni sebab aku mengalaminya, dan aku rasa, aku pun dapat dosa free sebab bau dak2 perempuan nih. Menarik sangat. Astaghfirullah. So, sama2 la kita perbaiki diri masing2.

Dan...maaf pada yang terasa. Takde niat pun nak kata sapa2 sebab aku memang takde mention nama siapa2 pun, cumanya sekadar ingin menyahut apa yang Nabi saw kata :

“Selalulah wasiatkan kebaikan kepada para wanita, kerana mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan bahagian yang paling bengkok dari jalinan tulang rusuk ialah tulang rusuk bahagian atas. Jika kalian paksa diri untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jika kalian mendiamkannya, ia akan tetap bengkok. Kerana itu wasiatkanlah kebaikan kepada para wanita.” 
(HR Bukhari, dari Abu Hurairah)

October 27, 2010

yarkkkkkk...

Salam 'alaykum semua...

Mod : "serabut kepala"


Susah jadi ketua sebab semua benda orang harapkan kat kita. Dapat pulak jawatan ni kat aku yang malasnya "sikit", haishh..serabut kepala. Jawatan kecik je pun, kerja yang ada boleh tahan la jugak. Stress tahap infiniti. Tapi dalam sibuk2 ni pun, tidur jadi benda paling penting tuk dibuat..haha.

Sebab tu dari dulu aku bantah habis2 kalau nak dilantik, tapi apakan daya, dak2 ni pulak guna sistem "turn", so aku tak terlepas la. Semester depan, jangan harap aku nak pegang dah, aku tak nakkkkkkkkk. Terasa aman bahagia jadi orang bawahan.

Sebab lain, aku bukan orang kaya, kurang kemampuannya. Nak kena mesej/call lecturer setiap masa, nak pastikan ade kuliah ke tak..pastu nak kena bagitau dak2 bawahan nih. Habis kredit koi weh. But, at the same time, baru aku sedar, besar gak pengorbanan seorang ketua ni kan, ahakss.

------------------------------------------

Abis cerita tu, masuk cerita lain pulak. Hari ni ada taklimat exam, acara biasa setiap semester, syarat tuk ISO. Malas sebenarnya nak pergi, tapi apakan daya, aku ketua, apa2 hal nanti, konfem orang cari..dushhh. Malas sebab minggu ni study week dan acara paling meriah nak dibuat waktu ni ialah tidur..hehe.

Ceritanya, tadi masa pakai kasut, mula2 rasa macam biasa, tapi bila dah 3-4 langkah dah rasa lain. Sejuk je jari kaki kiri nih, ada rasa basah2 jugak. Alamak..ade sesuatu kot dalam nih. Hmm, bukak2 kasut, mak aih..ade anak katak pisang, yarkkkkkkkkk..gelinya.

bayangkan si comel ni mati hancur..alalala..sedihnya.. :P

Mujur la kau tak hancur kat dalam tu, ye la kan, nama pun masih "baby", 4 sure tulang2 n daging dia lembut lagi, ala2 baby yang baru lahir. Sempat aku buang keluar.

Tapi, sampai sekarang ada lagi rasa sejuk2 n basah2 kat jari ni, walaupun tadi aku pakai stokin, tapi masih rasa geli xboleh nak hilang.

Katak oo katak..kenapa duduk dalam tu, katak pisang pulak tu..huhu. Mungkin dia ingat minggu ni aku tak guna kasut tu, sebab kuliah dah takde, so dia tumpang la kejap..hoho. Whatever la kan. Yang penting, kau tak hancur tadi. 

Kalau tak, aku akan rasa bersalah sebab jadi pembunuh..omg. Alamatnya beli kasut lain la aku sebab kasut yang ini kena buang, nak hapus bukti sebab membunuh..hehehehe.

Apapun, pada katak2 sekalian, cari la tempat lain untuk memenuhi keperluan asas anda2 semua. Bukan dalam kasut tu, tau la korang2 ni katak moden, tapi janganla jadi pemalas sangat, usaha la buat rumah sendiri.

Pada semua, baik korang cek kasut sebelum pakai, pastikan tiada penceroboh di dalamnya.

Last skali, selamat menduduki exam tuk semua yang berkenaan. Ma'an najah.

amani

Salam 'alaykum

Kali ni nak kongsi lirik lagu, lagu ni dah lama kot, tapi aku baru dapat dengar dalam sebulan ni. Komen aku, erm, syok abis..ada 1 part tu lagu ni macam lagu nasyid aku dulu, satu part lak macam kekasih awal dan akhir punya lagu. Tapi tak kisah la, yang penting best, dan lirik dia pun buat aku semangat je..haha. Tajuk dia sama dengan nama lecturer aku, maksud dia tak silap aku, cita2ku..menarik..

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Amani : Amar

October 24, 2010

suka2

salam..

saja, suka2, nak bagitau blog aku nih selamat untuk diduduki, dilayari, dieksplorasi, dibacai, di macam2 lagi lah..

sudi nak tengok sila klik :)


Antara dua

Salam 'alaykum

Terdetik hati nak bersuara, tergerak jari nak menaip. Semuanya macam serba tak kena. Tentang apa? Hmm..hanya mereka yang ada bersama di sini mengerti dan memahami tentang apa yang ditulis. Terasa bersalah bila tak buat, bersalah jugak bila melakukannya. Hanya ini mampu aku buat. Moga ia layak menjadi hujahku bila disoalkan nanti. Lemahnya iman dalam diri.

Pelik dengan manusia itu. Tapi..tak pelik sebenarnya, lumrah manusia akhir zaman. Bila yang hak disuarakan, bersemangat didepan ramai khalayak. Tapi bila yang batil disuarakan, jugak, bersemangat didepan khalayak. Bercampur baur. Dan aku? Aku terpaksa berkerja untuk itu. Mampu bersuara? Tidak. Sekadar di pinggiran. Walaupun begitu, mungkin sahamnya pada diri aku jugak. Astaghfirullah. Itu yang aku mampu katakan. Lemahnya iman dalam diri.

Kerja tetap aku buat, untuk mengelakkan diri dari dikata. Aku cuba untuk biasa-biasa. Tak malas sangat, giat pun tak juga, sedang2. Tapi...dah betul ke apa yang aku ambil ni? Aku memang lemah. Samar iman tak mampu mencahayai hati untuk menentang yang salah. Ya Allah..lemahnya iman dalam diri.

Baina manzilatain. Antara syurga dan neraka, manusia semua nak pilih syurga, tanyalah pada siapa2 pun. Antara kebenaran dan kebatilan, manusia akan cakap inilah yang betul, inilah yang hak, sedangkan adakah mereka benar2 faham apa itu kebenaran dan hak??

Katakan yang benar walaupun ianya pahit. Aduh..mudah untuk dikatakan, tapi payah untuk dilaksanakan. Dan itu aku.. Aku tak mampu nak kata depan2. Sekadar hati membenci perkara itu berlaku dan terjadi. Lihat..lemahnya iman dalam diri.

Bila yang putih dicalarkan dengan kotoran yang menjengkelkan, maka takkan dikatakan ianya bersih lagi..ia tetap akan dikatakan sebagai suatu yang KOTOR.

Astaghfirullah, lemahnya iman aku. Tapi ya Allah, engkau tetapkan hatiku agar sekelumit rasa benci kepada maksiat itu tetap ada. Lemahnya iman aku.

October 19, 2010

cuka di luka

Salam 'alaykum..

Aku dah lama tak menatap blog sendiri, sampai ada satu masa, aku leh lupa yang aku ada blog. Blog orang lain, itu aku pergi, tapi just baca2, komen tidak..maaf. Entah, aku dah macam xde semangat nak menulis apa2 pun. Walaupun kadang2 idea berlambak2 dalam kepala ni.

Nak berkongsi, tapi rasa nak berkongsi tu bukan muncul time aku depan komputer, tapi time2 yang x sepatutnya, time kat kuliah, masa dah nak tido, masa baca paper..tambah pulak, alasan macam biasa, kebizian yang ada selaku student sepenuh masa.

Biasa la kan, dah nak abis sem, assignment, presentation..macam2, keje2 projek lagi, pening kepala.

Apapun, ni aku cuba tuk menulis semula, hmm, ni pandangan aku tentang dua konsert kat Malaysia baru2 ni. Sekadar pandangan. Selamat membaca dan nilai sendiri apa yang aku nak kata ni :)

---------------------------------------------------------

Arghh, mesti sakit. Sudahlah luka itu bukan luka biasa, diletak pula dengan cuka yang umum tahu, berkeasidan tinggi, pasti meraung kesakitan.

Itulah yang boleh digambarkan dalam beberapa hari ni, satu situasi yang menjengkelkan. Amar ma’ruf banyak, sedang nahi munkar, langsung berkubur saja. Tak berlaku seiring sejalan seperti yang disyariatkan.

Kita amat bersyukur apabila kedengaran insan baru dalam dunia hiburan Islam, Maher Zain mahu menjejakkan kaki ke bumi Malaysia ini, membawa satu matlamat murni, iaitu bersama-sama penganjur Raudhatus Sakinah untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini.


Namun dimasa sama, Malaysia membuka pintu kepada seorang lagi penyanyi antarabangsa popular, Adam Lambert yang ramai mengenalinya berbekalkan imej gothic dan gay, untuk membuat persembahan dan dihidangkan kepada muda-mudi negara.


Antara Konsert Maher Zain dan Konsert Adam Lambert. Dua dalam satu. Satunya membawa mesej-mesej ketuhanan, dan yang satu lagi, membawa mesej apa? Entahlah, mesej kebebasan hak asasi manusia? Mesej gay mungkin atau berhibur secara bebas?

Adam Lambert, naib juara AI8. Ramai sudah kenal dengan imejnya yang tidak selari dengan tuntutan Islam. Ironinya, disebalik mengaku sebagai gay, beraksi penuh lucah dipentas, malahan banyak stesen tv di USA menolak untuk menerima persembahan beliau yang melampau, beliau amat di alu-alukan kedatangannya di sini.

Konsert dijaja, stesen radio panas, sejuk, suam fm, semuanya sibuk membuat promosi. Ada yang dapat tiket percuma, ucap rasa syukur pada Allah sebab dapat menghadiri konsert yang julung-julung kali diadakan di bumi ini. Adakah itu perlu??

Apa yang kita nak sebenarnya? Ramai yang nampak sedih, marah, kasihan bila melihat gejala sosial makin berleluasa. Media-media cetak dan elektronik beria-ia memberitakan tentang kemusnahan akhlak remaja kini, gejala buang bayi jelas-jelas semakin membarah, namun dalam masa yang sama, jambatan kepada kemusnahan tersebut terus dikukuhkan.

Konsert Maher Zain bertemakan “Save the Soul”, dengan bahasa mudahnya, selamatkan jiwa itu, mempunyai niat baik untuk mengajak umat Malaysia bermuhasabah bagi mengekang penularan gejala buang bayi sekarang, namun berbaloikah usaha itu andai dalam masa sama, perkara-perkara munkar terus dirajakan.

Apakah tidak disedari lagi tentang kebejatan sosial remaja sekarang?

“Konsert ini (Adam Lambert) sewajarnya dipandang seolah-olah cuba ‘meletakkan cuka di luka’. Ia bukan setakat tidak menyelesaikan masalah semasa di negara kita, bahkan akan merebakkan lagi penyakit sosial yang seakan subur lantaran tidak dipandang sebagai masalah utama kepada keruntuhan modal insan yang melanda negara.” 
(Muhammad Zaki Sukery, Presiden Ma’aruf Club UIAM / Timbalan Presiden GAMIS)

Justeru, di mana nahi munkarnya? Jutaan ringgit dihabiskan dengan berkempen dan sebagainya untuk membasmi kebejatan moral dan akhlak terutamanya para remaja, namun dalam masa sama, baja untuk virus-virus bernanah ini terus ditabur, untuk menyuburkannya, agar lebih melata lagi.

Rasakanlah, bila semuanya berpandukan akal manusia sahaja. Pelik bila manual yang tersedia tidak digunakan sebaiknya. Alahai manusia akhir zaman, sungguh menakutkan. Jahiliyyah kamu lebih busuk dan lebih buruk jika dibandingkan dengan jahiliyyah di waktu silam.

Saidina Umar Al-Khattab
Jika mahu melihat kekuatan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan remajanya sekarang

Prof. Dr. Yusuf Qardawi
Petanda sesuatu bangsa akan musnah dan hancur; terlebih dahulu akan musnah dan hancur akhlaknya