October 19, 2010

cuka di luka

Salam 'alaykum..

Aku dah lama tak menatap blog sendiri, sampai ada satu masa, aku leh lupa yang aku ada blog. Blog orang lain, itu aku pergi, tapi just baca2, komen tidak..maaf. Entah, aku dah macam xde semangat nak menulis apa2 pun. Walaupun kadang2 idea berlambak2 dalam kepala ni.

Nak berkongsi, tapi rasa nak berkongsi tu bukan muncul time aku depan komputer, tapi time2 yang x sepatutnya, time kat kuliah, masa dah nak tido, masa baca paper..tambah pulak, alasan macam biasa, kebizian yang ada selaku student sepenuh masa.

Biasa la kan, dah nak abis sem, assignment, presentation..macam2, keje2 projek lagi, pening kepala.

Apapun, ni aku cuba tuk menulis semula, hmm, ni pandangan aku tentang dua konsert kat Malaysia baru2 ni. Sekadar pandangan. Selamat membaca dan nilai sendiri apa yang aku nak kata ni :)

---------------------------------------------------------

Arghh, mesti sakit. Sudahlah luka itu bukan luka biasa, diletak pula dengan cuka yang umum tahu, berkeasidan tinggi, pasti meraung kesakitan.

Itulah yang boleh digambarkan dalam beberapa hari ni, satu situasi yang menjengkelkan. Amar ma’ruf banyak, sedang nahi munkar, langsung berkubur saja. Tak berlaku seiring sejalan seperti yang disyariatkan.

Kita amat bersyukur apabila kedengaran insan baru dalam dunia hiburan Islam, Maher Zain mahu menjejakkan kaki ke bumi Malaysia ini, membawa satu matlamat murni, iaitu bersama-sama penganjur Raudhatus Sakinah untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini.


Namun dimasa sama, Malaysia membuka pintu kepada seorang lagi penyanyi antarabangsa popular, Adam Lambert yang ramai mengenalinya berbekalkan imej gothic dan gay, untuk membuat persembahan dan dihidangkan kepada muda-mudi negara.


Antara Konsert Maher Zain dan Konsert Adam Lambert. Dua dalam satu. Satunya membawa mesej-mesej ketuhanan, dan yang satu lagi, membawa mesej apa? Entahlah, mesej kebebasan hak asasi manusia? Mesej gay mungkin atau berhibur secara bebas?

Adam Lambert, naib juara AI8. Ramai sudah kenal dengan imejnya yang tidak selari dengan tuntutan Islam. Ironinya, disebalik mengaku sebagai gay, beraksi penuh lucah dipentas, malahan banyak stesen tv di USA menolak untuk menerima persembahan beliau yang melampau, beliau amat di alu-alukan kedatangannya di sini.

Konsert dijaja, stesen radio panas, sejuk, suam fm, semuanya sibuk membuat promosi. Ada yang dapat tiket percuma, ucap rasa syukur pada Allah sebab dapat menghadiri konsert yang julung-julung kali diadakan di bumi ini. Adakah itu perlu??

Apa yang kita nak sebenarnya? Ramai yang nampak sedih, marah, kasihan bila melihat gejala sosial makin berleluasa. Media-media cetak dan elektronik beria-ia memberitakan tentang kemusnahan akhlak remaja kini, gejala buang bayi jelas-jelas semakin membarah, namun dalam masa yang sama, jambatan kepada kemusnahan tersebut terus dikukuhkan.

Konsert Maher Zain bertemakan “Save the Soul”, dengan bahasa mudahnya, selamatkan jiwa itu, mempunyai niat baik untuk mengajak umat Malaysia bermuhasabah bagi mengekang penularan gejala buang bayi sekarang, namun berbaloikah usaha itu andai dalam masa sama, perkara-perkara munkar terus dirajakan.

Apakah tidak disedari lagi tentang kebejatan sosial remaja sekarang?

“Konsert ini (Adam Lambert) sewajarnya dipandang seolah-olah cuba ‘meletakkan cuka di luka’. Ia bukan setakat tidak menyelesaikan masalah semasa di negara kita, bahkan akan merebakkan lagi penyakit sosial yang seakan subur lantaran tidak dipandang sebagai masalah utama kepada keruntuhan modal insan yang melanda negara.” 
(Muhammad Zaki Sukery, Presiden Ma’aruf Club UIAM / Timbalan Presiden GAMIS)

Justeru, di mana nahi munkarnya? Jutaan ringgit dihabiskan dengan berkempen dan sebagainya untuk membasmi kebejatan moral dan akhlak terutamanya para remaja, namun dalam masa sama, baja untuk virus-virus bernanah ini terus ditabur, untuk menyuburkannya, agar lebih melata lagi.

Rasakanlah, bila semuanya berpandukan akal manusia sahaja. Pelik bila manual yang tersedia tidak digunakan sebaiknya. Alahai manusia akhir zaman, sungguh menakutkan. Jahiliyyah kamu lebih busuk dan lebih buruk jika dibandingkan dengan jahiliyyah di waktu silam.

Saidina Umar Al-Khattab
Jika mahu melihat kekuatan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan remajanya sekarang

Prof. Dr. Yusuf Qardawi
Petanda sesuatu bangsa akan musnah dan hancur; terlebih dahulu akan musnah dan hancur akhlaknya


2 comments:

Noorsyahida said...

ngee~ kita akan saksikan entry ini dipublishkan~

stuju bebeno dgn artikel n pndpt nihh..
hairan ya.. ngara bkn Islam menolak Adam Lambert ni, yg kita ngr Islam terima pulak.. hmm.memang tambah cuka kat luka!

محمد فردوس سعد said...

@ syahid : hoho..dah publish, moga ada manfaatnya