October 27, 2010

yarkkkkkk...

Salam 'alaykum semua...

Mod : "serabut kepala"


Susah jadi ketua sebab semua benda orang harapkan kat kita. Dapat pulak jawatan ni kat aku yang malasnya "sikit", haishh..serabut kepala. Jawatan kecik je pun, kerja yang ada boleh tahan la jugak. Stress tahap infiniti. Tapi dalam sibuk2 ni pun, tidur jadi benda paling penting tuk dibuat..haha.

Sebab tu dari dulu aku bantah habis2 kalau nak dilantik, tapi apakan daya, dak2 ni pulak guna sistem "turn", so aku tak terlepas la. Semester depan, jangan harap aku nak pegang dah, aku tak nakkkkkkkkk. Terasa aman bahagia jadi orang bawahan.

Sebab lain, aku bukan orang kaya, kurang kemampuannya. Nak kena mesej/call lecturer setiap masa, nak pastikan ade kuliah ke tak..pastu nak kena bagitau dak2 bawahan nih. Habis kredit koi weh. But, at the same time, baru aku sedar, besar gak pengorbanan seorang ketua ni kan, ahakss.

------------------------------------------

Abis cerita tu, masuk cerita lain pulak. Hari ni ada taklimat exam, acara biasa setiap semester, syarat tuk ISO. Malas sebenarnya nak pergi, tapi apakan daya, aku ketua, apa2 hal nanti, konfem orang cari..dushhh. Malas sebab minggu ni study week dan acara paling meriah nak dibuat waktu ni ialah tidur..hehe.

Ceritanya, tadi masa pakai kasut, mula2 rasa macam biasa, tapi bila dah 3-4 langkah dah rasa lain. Sejuk je jari kaki kiri nih, ada rasa basah2 jugak. Alamak..ade sesuatu kot dalam nih. Hmm, bukak2 kasut, mak aih..ade anak katak pisang, yarkkkkkkkkk..gelinya.

bayangkan si comel ni mati hancur..alalala..sedihnya.. :P

Mujur la kau tak hancur kat dalam tu, ye la kan, nama pun masih "baby", 4 sure tulang2 n daging dia lembut lagi, ala2 baby yang baru lahir. Sempat aku buang keluar.

Tapi, sampai sekarang ada lagi rasa sejuk2 n basah2 kat jari ni, walaupun tadi aku pakai stokin, tapi masih rasa geli xboleh nak hilang.

Katak oo katak..kenapa duduk dalam tu, katak pisang pulak tu..huhu. Mungkin dia ingat minggu ni aku tak guna kasut tu, sebab kuliah dah takde, so dia tumpang la kejap..hoho. Whatever la kan. Yang penting, kau tak hancur tadi. 

Kalau tak, aku akan rasa bersalah sebab jadi pembunuh..omg. Alamatnya beli kasut lain la aku sebab kasut yang ini kena buang, nak hapus bukti sebab membunuh..hehehehe.

Apapun, pada katak2 sekalian, cari la tempat lain untuk memenuhi keperluan asas anda2 semua. Bukan dalam kasut tu, tau la korang2 ni katak moden, tapi janganla jadi pemalas sangat, usaha la buat rumah sendiri.

Pada semua, baik korang cek kasut sebelum pakai, pastikan tiada penceroboh di dalamnya.

Last skali, selamat menduduki exam tuk semua yang berkenaan. Ma'an najah.

4 comments:

♥CIK SHA♥ said...

erk??geli kot..macam boleh terasa pulak kegelian rasa katak tu kat jari kaki ku..huuu..

Noorsyahida said...

katakkkkkkkkkkk??
ermmm...

maan najah~

::Madu Lebah:: said...

ni mesti jd ketua unit @ ketua kelas kan?
bese la tu..
pengorbanan itu perlu..
slm imtihan jugak!

محمد فردوس سعد said...

cik sha : yurkk kan..hmm, rasa geli kt kaki boleh sepak trus, lau kt jari tgn..merasa x makan seminggu..haha

syahid : katakkkkkkkkk jugak..gud luck jugak :)

madu lebah : gitu la gamaknye..berkorban apa saja

salam exam, gud luck k