November 09, 2010

Berehat Sebentar Bersama...

Salam 'alaykum..

Di kesempatan ini, aku nak berehat kejap.

Yang penting 1st paperku berlangsung dengan penuh gemilang dan ada jugak temberang2 kosong dicoretkan bersama, sekadar memenuhkan skrip jawapan agaknya. Always like that, dari dulu lagi, upsr ke, pmr ke, sma ke, spm ke, semuanya sama...itu sebab aku tak suka study banyak2.

Tak perlu salahkan siapa2, mungkin diri sendiri yang punya pasal..

Aku sentiasa menunggu kalau2 ada yang akan buat open-book exam kat sini..tapi itu khayalan saja..

Yang penting aku kena berehat sebentar bersama buku2 (ade ke buku??). Study hard tengah berjalan, no more study smart..nak wat gane, itu pilihan yang di sukai ramai..haha.

Perlu study lagi untuk esok, 10 & 15 Nov.. tak suke, tak suke, tak suke..

-------------------------------------

Salam imtihan buat PISMP semester 6..

November 05, 2010

Tak pernah tak datang, tak pernah tak pergi

ujian
datang dan pergi
kemudian
ia datang kembali
adanya membawa suatu pengertian
wujudnya memberi suatu pengajaran
pada mereka yang melihatnya dengan keredhaan
ia manis untuk dialami
buat mereka yang menerimanya dengan kebencian
ia pahit amat membebankan
dan
apa yang pasti
ujian itu
tak pernah surut
sebagaimana surutnya air di lautan
yang pasti
ujian itu
datang dan pergi
tidak mengira siapa
mana yang berhati suci
mana yang berhati keji
menghiasi rencah kehidupan manusiawi
di atas pentas dunia ini

ia
tetap datang
dan tetap akan pergi

---------------------------------------------------------------

Malam tadi jatuh longkang depan bilik, kaki aku terseliuh, ya Tuhan, sakit sungguh, sampai sekarang tak hilang..ntah macam mana boleh jadi, dan aku harap dapat redha dengan ujian ni.

Banjir dan makin surut, sekarang terseliuh pulak, lepas ni apa ya..tunggu dan terus menunggu. Yang pasti ia tak pernah tak datang, tak pernah tak pergi..kafarah dosa mungkin, alhamdulillah untuk itu. Allah masih ingat aku.


Terus dan terus pandu hidup aku Tuhan...

November 04, 2010

Cerita Banjir Aku

Salam 'alaykum wbt..

Mode : kekenyangan + kepenatan

Terbaek la dalam sejarah hidup aku. Tak pernah rasanya berdepan dengan banjir. Tak pernah jugak la menjadi mangsa banjir. Tak pernah jugak kebuluran sebab banjir. Wah..pengalaman yang syok walaupun tak syok.

Perasaan aku?? Amatlah seronok dan gumbira sekali bila hujan turun dengan meriahnya 3 hari non-stop, tidurku menjadi lebih nyenyak dari biasa..wahhhhhh, suka sangat2.

permandangan dari tingkat 4 asrama...

Tentang banjir pulak, kata aku : "aku nak sangat merasai banjir..haha". Dan itu menjadi kenyataan. Bermula pesta songkran di IPGkP..haha.

air tasik yang melimpah ruah..

depan bilik aku..air ni mula naik pagi tadi..

Tapi, tu mula2 jek, tapi lama2, bila air makin naik, adushh, terseksa jiwa dan raga. Paling utama, terputus bekalan makanan.



sekitar IPGkP

Malam tadi ada yang berkemas, letak barang2 kat tempat2 yang agak selamat, sebab air dari tasik makin naik, tapi natijahnya, tak ada pun. Air naik la jugak, tapi tak kuasa aku nak masuk asrama hangpa2 suma..kata air itu :)

Pagi tadi tengok air masih macam biasa, takde perubahan. Dengar ceritanya jugak, kafe tutup. Hoho..mau makan apa bila kafe tutup, dah la nak keluar beli barang tak lepas, air tinggi, motor tak lepas nak keluar.

tinggal yang ni je yang jadi pintu masuk utama waktu banjir ni





kebanjiran di pintu depan..

Cuma ada beberapa penyelesaian :
tunggu JKM hantar makanan (lambat...tengahari baru ada, lepas Zohor..)
naik basikal (aaaade la kan...)
jalan kaki (pilihan terbaikkk)
bawak motor redah banjir hampir2 paras pinggang (agak2 banyak duit boleh la..)

jalan besar depan IPGkP..

pengembaraan bermula..antara watak2 dalam cerita ini...

Last2, dalam jam 10 pagi, aku rela berkorban demi mencari sesuap nasi, berjalan kaki meredah banjir dan hujan renyai2 mencari kedai makan. Tujuan utama, mencari nasi. Watak pengemis mencari makanan ni ada 4 orang; akujasanipfik..





permandangan syokkkk sangat bagi aku dalam masa mencari sesuap nasi..

Perjalanan yang diibaratkan menyahut seruan kementerian kesihatan, berjalan 10000 langkah sehari demi kesihatan..huhu, lebih kot rasanya. Dalam hampir 5km berjalan mencari rezeki untuk dimamah, longgar segala skru2 kat badan ni.

Masing2 pulak jenis yang ssssuka sangat nak excercise plus pulak cuaca sejuk, lebih rela jalan kaki daripada nak tebal muka tahan trak2 askar, polis, orang2 yang lalu lalang kat jalan tu.

Terperasan 1 di situ ; diskriminasi gender, kenapa bila geng2 perempuan, senang je lori ke, trak ke, jeep ke yang berhenti nak bagi tumpang. Group lelaki?? Tergoda sikit diaorang nak tumpangkan..huhu

Sambil merenung masa depan setelah berkenderaan kaki sendiri bersaiz 8 ini, aduhai, konfem dalam 3-4 hari akan datang, otot2ku akan menunjukkan kesengalannya. Hoho..deritanya rasa.

Sampai kawasan dituju, aku berkata : sesungguhnya aku amat hampa sekali...oittttttt, mana ada kedai makan bukak, kedai makan siam, cina ada la..orang melayu???

Nak husnu zhon, jejawi tu majoritinya kampung siam + cina lor. Takpe lah, apa nak buat, nasib badan...

Walau kecewa, mujur ada kedai runcit, pilihan utama aku maggi kari, tu je pun, yang lain2 makanan ringan je. Haha..macam tak berbaloi langsung jalan jauh2.

Waktu nak balik, ingatkan jalan kampung siam tu shortcut, rupa2nya amatlah longcut..huhu. Jalan dah la tak tau sangat, orang siam pulak ramai..perghhh, gerun jugak dalam hati. Tambah pulak, ada yang disukai oleh anjing, terasa kecut segala2nya time tu.

hasil2..haha

berbaloi kann..

watak utama cerita ini..paling sikit dapat hasil..hehe

ramai jugak yang nak keluar...apa lagi, alang2 banjir sekali ni, try la sekali excercise macam kami..haha

lori yang membawa muatan lebih sangat2..perdagangan manusia ke ape ni??

Alhamdulillah, jam 1 sampai maktab. Ternampak waktu ni satu lori penuh dengan manusia di dalamnya..ish, sungguh aku terkesima melihatnya. Memang sebijik macam pelarian..haha..

Apa pun, bagus jugak, maknanya, budak2 ni takde la ego sangat. Ye la kan, bila dah susah, jangan la korang2 nak berlagak macam takde apa2. Janganlah nak selesa naik lori tak berhimpit ke, nak makan sedap2 ke, nak makanan terus dapat ke, takde maknanya. Susah buat cara susah ok.

Berkorban apa saja..sempena Aidiladha yang hampir tiba ni...cuba2 lah menghayatinya.

Dan sekarang, air dah makin surut, perut dah kenyang sangat. Mana tak nya, ada saja makan, lepas zohor tadi, jam 3 tadi, pukul 6 tadi, sekarang pun ada lagi makanan yang sampai.

Syukur...Allah masih sayang hamba2 dia kat sini. Alhamdulillah..

Lagi gambar...kat fesbuk aku..

Petikan dari berita harian, 3 Nov 2010 :

"Selain itu, ratusan lagi penuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Perlis juga dilapor turut terputus bekalan selepas laluan utama sekitar kawasan terbabit mula dinaiki air sehingga paras dada. 

Usaha menghantar bekalan masuk ke kawasan terbabit oleh waris juga sukar kerana paras air yang tinggi dan arus deras. Bagaimanapun, tinjauan mendapati ada di kalangan penuntut yang mengambil risiko keluar mengharungi banjir untuk membeli bekalan makanan"

Penuntut yang mengambil risiko...termasuk kami la tu..suka2 bila orang amek berat..haha

November 03, 2010

Ringkas

Salam 'alaykum wbt..

mode : longlai MySpace

Sekali air bah, sekali pantai berubah...

Sesaja nak tulis peribahasa tu.

Macam aku kata tadi, lemah segala otot2 badan. Skru2 dah longgar. Perjalanan meredah banjir mencari makanan, hampir 5km kot..dibasahi hujan renyai2..

Kenderaan : 2 kaki saiz 8 aku.

Entri penuh, malam ni kot, sekarang mau meregang2 otot, betulkan segala2 tulang yang lari..



November 02, 2010

Innalillah...

Salam 'alaykum semuanya..

mode : kesejukan MySpace (perlukah aku berlingkar lagi...)

Perlis banjir!!! Hujan dua hari tak berhenti langsung. Air tasik kat sebelah hostel aku nih sampai tebing dah, dan harapan aku, harap2 air tu melimpah. Boleh la maktab ni tutup..hhahaha..MySpace

Tapi impianku macam tak kesampaian je MySpace, rasanya banjir tak jadi, sebab tangisan dari langit ni hampir2 ke penghujung..tapi still ada.

Haha...pelik kan, biasa la, orang bukit, mana pernah merasa banjir2 nih..Tapi tak patut kan? Aku patut kesian dekat orang yang kena musibah ni. Kesian kat dorg, innalillah. Harap yang kena dapat bersabar dan sentiasa berlapang dada...MySpace

Orang kata perlis ni panas je kan, tapi tak jugak. Kuasa tuhan, macam2 boleh jadi. Hari tu puting beliung pun jadi kat sini. Ingatkan jadi kat US je..aku mention US sebab dia tunjuk puting beliung kt US dalam national geographic..tapi kat Malaysia pun dah ada sekarang..MySpace

Itulah yang selalu diingatkan, dunia akhir zaman ni, macam2 benda yang kita tak jangka boleh jadi. Cumanya, bergantung kat kita, nak sedia ke tak untuk menghadapinya.

Sudah2 la dengan maksiat yang dibuat, dengan dunia yang dikejar, cuba la sediakan bekal yang cukup untuk akhirat pulak..
MySpace
Moga kita terdiri dari orang yang mampu berfikir tentang apa yang berlaku akhir2 ni. 

Gud luck dunia akhirat untuk aku dan korang2 semua MySpace

November 01, 2010

Saja2

Salam 'alaykum...

mode : boring + kesejukan (musim sejuk di kangar..suhu dicatatkan 15˚c..)

dan kata aku : korang percaya ke?? haha, aku main2 je la, tapi seyes, memang sejuk sangat2. Cuaca kat perlis sekarang sentiasa menghidupkan nafsuku untuk terus belingkar macam ular2 yang aku tengok hari semalam

Dan dalam banyak2 cuaca yang boleh ada kat Malaysia ni, yang ni la paling aku suka. Sejuk + Hujan. Bila pulak salji nak ada kat Malaysia kan?

Haha..puting beliung yang macam kat US pun dah ade kat sini, tak mustahil Allah bagi winter pulak, pastu autumn lak, pastu spring, summer..haha.*sign of the end of the world, maybe...

---------------------------------------------------------------

Tulisan kali ni, saja2..sebab aku rasa macam menarik je benda alah ni, "bina ayat dari tarikh lahir korang". Panduan dia :

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku terajang
May--------- ----aku cium
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling


2-Ambil ayat dari hari lahir korang:

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------cikgu matematik aku
18-------lesung batu
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ mee kari adik aku
22-------Robert Pettinson
23-------pedang sakti aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun


3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan:

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di atas motosikal
4 ---------di bawah katil
5 ---------di dalam jamban jiran aku
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan


4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

ayat yang terbina ialah :

"Aku sepak  lesung batu masa makan atas meja sebab aku seksi dan aku boleh buat"

Kenapa perlu ada seksi di situ?? Aku boleh buat?? Adoyai..bengkak kot kaki nak sepak lesung batu tu.

Ayat x best langsung, korang pulak camne? Haha..itu la, saja2 nak tulis, bila takde apa nak buat.

sumber karutan aku ni dari teh ice journey