November 04, 2010

Cerita Banjir Aku

Salam 'alaykum wbt..

Mode : kekenyangan + kepenatan

Terbaek la dalam sejarah hidup aku. Tak pernah rasanya berdepan dengan banjir. Tak pernah jugak la menjadi mangsa banjir. Tak pernah jugak kebuluran sebab banjir. Wah..pengalaman yang syok walaupun tak syok.

Perasaan aku?? Amatlah seronok dan gumbira sekali bila hujan turun dengan meriahnya 3 hari non-stop, tidurku menjadi lebih nyenyak dari biasa..wahhhhhh, suka sangat2.

permandangan dari tingkat 4 asrama...

Tentang banjir pulak, kata aku : "aku nak sangat merasai banjir..haha". Dan itu menjadi kenyataan. Bermula pesta songkran di IPGkP..haha.

air tasik yang melimpah ruah..

depan bilik aku..air ni mula naik pagi tadi..

Tapi, tu mula2 jek, tapi lama2, bila air makin naik, adushh, terseksa jiwa dan raga. Paling utama, terputus bekalan makanan.



sekitar IPGkP

Malam tadi ada yang berkemas, letak barang2 kat tempat2 yang agak selamat, sebab air dari tasik makin naik, tapi natijahnya, tak ada pun. Air naik la jugak, tapi tak kuasa aku nak masuk asrama hangpa2 suma..kata air itu :)

Pagi tadi tengok air masih macam biasa, takde perubahan. Dengar ceritanya jugak, kafe tutup. Hoho..mau makan apa bila kafe tutup, dah la nak keluar beli barang tak lepas, air tinggi, motor tak lepas nak keluar.

tinggal yang ni je yang jadi pintu masuk utama waktu banjir ni





kebanjiran di pintu depan..

Cuma ada beberapa penyelesaian :
tunggu JKM hantar makanan (lambat...tengahari baru ada, lepas Zohor..)
naik basikal (aaaade la kan...)
jalan kaki (pilihan terbaikkk)
bawak motor redah banjir hampir2 paras pinggang (agak2 banyak duit boleh la..)

jalan besar depan IPGkP..

pengembaraan bermula..antara watak2 dalam cerita ini...

Last2, dalam jam 10 pagi, aku rela berkorban demi mencari sesuap nasi, berjalan kaki meredah banjir dan hujan renyai2 mencari kedai makan. Tujuan utama, mencari nasi. Watak pengemis mencari makanan ni ada 4 orang; akujasanipfik..





permandangan syokkkk sangat bagi aku dalam masa mencari sesuap nasi..

Perjalanan yang diibaratkan menyahut seruan kementerian kesihatan, berjalan 10000 langkah sehari demi kesihatan..huhu, lebih kot rasanya. Dalam hampir 5km berjalan mencari rezeki untuk dimamah, longgar segala skru2 kat badan ni.

Masing2 pulak jenis yang ssssuka sangat nak excercise plus pulak cuaca sejuk, lebih rela jalan kaki daripada nak tebal muka tahan trak2 askar, polis, orang2 yang lalu lalang kat jalan tu.

Terperasan 1 di situ ; diskriminasi gender, kenapa bila geng2 perempuan, senang je lori ke, trak ke, jeep ke yang berhenti nak bagi tumpang. Group lelaki?? Tergoda sikit diaorang nak tumpangkan..huhu

Sambil merenung masa depan setelah berkenderaan kaki sendiri bersaiz 8 ini, aduhai, konfem dalam 3-4 hari akan datang, otot2ku akan menunjukkan kesengalannya. Hoho..deritanya rasa.

Sampai kawasan dituju, aku berkata : sesungguhnya aku amat hampa sekali...oittttttt, mana ada kedai makan bukak, kedai makan siam, cina ada la..orang melayu???

Nak husnu zhon, jejawi tu majoritinya kampung siam + cina lor. Takpe lah, apa nak buat, nasib badan...

Walau kecewa, mujur ada kedai runcit, pilihan utama aku maggi kari, tu je pun, yang lain2 makanan ringan je. Haha..macam tak berbaloi langsung jalan jauh2.

Waktu nak balik, ingatkan jalan kampung siam tu shortcut, rupa2nya amatlah longcut..huhu. Jalan dah la tak tau sangat, orang siam pulak ramai..perghhh, gerun jugak dalam hati. Tambah pulak, ada yang disukai oleh anjing, terasa kecut segala2nya time tu.

hasil2..haha

berbaloi kann..

watak utama cerita ini..paling sikit dapat hasil..hehe

ramai jugak yang nak keluar...apa lagi, alang2 banjir sekali ni, try la sekali excercise macam kami..haha

lori yang membawa muatan lebih sangat2..perdagangan manusia ke ape ni??

Alhamdulillah, jam 1 sampai maktab. Ternampak waktu ni satu lori penuh dengan manusia di dalamnya..ish, sungguh aku terkesima melihatnya. Memang sebijik macam pelarian..haha..

Apa pun, bagus jugak, maknanya, budak2 ni takde la ego sangat. Ye la kan, bila dah susah, jangan la korang2 nak berlagak macam takde apa2. Janganlah nak selesa naik lori tak berhimpit ke, nak makan sedap2 ke, nak makanan terus dapat ke, takde maknanya. Susah buat cara susah ok.

Berkorban apa saja..sempena Aidiladha yang hampir tiba ni...cuba2 lah menghayatinya.

Dan sekarang, air dah makin surut, perut dah kenyang sangat. Mana tak nya, ada saja makan, lepas zohor tadi, jam 3 tadi, pukul 6 tadi, sekarang pun ada lagi makanan yang sampai.

Syukur...Allah masih sayang hamba2 dia kat sini. Alhamdulillah..

Lagi gambar...kat fesbuk aku..

Petikan dari berita harian, 3 Nov 2010 :

"Selain itu, ratusan lagi penuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Perlis juga dilapor turut terputus bekalan selepas laluan utama sekitar kawasan terbabit mula dinaiki air sehingga paras dada. 

Usaha menghantar bekalan masuk ke kawasan terbabit oleh waris juga sukar kerana paras air yang tinggi dan arus deras. Bagaimanapun, tinjauan mendapati ada di kalangan penuntut yang mengambil risiko keluar mengharungi banjir untuk membeli bekalan makanan"

Penuntut yang mengambil risiko...termasuk kami la tu..suka2 bila orang amek berat..haha

9 comments:

~rahsia hati puteri~ said...

kesiannyer...tp bez la bace pengalamn n tgk gmba2 2..sabar2...

Cik Wahida Jumaat said...

ya Allah teruk juga perlis kena kali ni..xpernah2 banjir..
harap sabar yerr..moga Allah permudahkan semuanya

Anonymous said...

arap x brgembira dgn kedukaan org lain.. sama2 muhasabah..

AdiE said...

Impian menjadi kenyataan!

~ DanieL AdiE ~

محمد فردوس سعد said...

rahsia hati puteri : pengalaman mcm ni susah nk dpt, so enjiy dan blajar darinya :)

cik wahida : truk, lg truk dr tahun 2005 dulu, tp mktb x truk pulak mcm 2005 aritu yg smpai tenggelam..haha

yepp..sabar tu penting kan

anon : huhu..tq sbb mengingatkan..saja tulis2 ni, tak de kaitan atau niat nak bergembira atas kesusahan org len :(

adie : kenyataan yang sudah direalitikan..gembira + merasa derita (nak sangat banjir)..haha

ahsfantasy24 said...

huhuhu..
cean kt awk,
tputus bkalan mkanan..

letrik cmane ae?..

محمد فردوس سعد said...

ahsfantasy24 : ujian tuhan, sabar je la..

letrik mujur dia x potong, lau x..boring tahap gaban la duk kt sini..huhu

Noorsyahida said...

waa...syoknye banjir. tak penh men bnjir..hukhukkkkkk...

mcm bshh jer..
eehhh... ak nak tentang spnuhnya..
diskriminasi gender.
hhaaaaaaaaaahhh?? whatt??

permpuan kan sifatnya lemah..
maka..wajarlah ada yang tolong. huh

*feminisme sudaa...*
^__^

محمد فردوس سعد said...

syahida : best tu lama2 akan jadi x best


ek eleh, bias la tu kan, knp x nak ajak sama2 naik?? prmpuan lmah? xtau lmah tang mana prmpuan skrg ni, ye la kan, sbb skrg sume yg laki buat, pompuan nk buat, lemah ke tu? main bola, takraw..ish..xnmpak lmah langsung, sungguh liberalisme di situ..

tiba tang bnjir nih, jd lemah pulok..

lain la kalu lemah sbb pregnant ke..sakit nak brsalin ke, aku caye la jugok

haha..terbabas sudaa, tibe je msuk tang pregnant ni...

lelaki pemimpin wanita :)