November 01, 2010

Saja2

Salam 'alaykum...

mode : boring + kesejukan (musim sejuk di kangar..suhu dicatatkan 15˚c..)

dan kata aku : korang percaya ke?? haha, aku main2 je la, tapi seyes, memang sejuk sangat2. Cuaca kat perlis sekarang sentiasa menghidupkan nafsuku untuk terus belingkar macam ular2 yang aku tengok hari semalam

Dan dalam banyak2 cuaca yang boleh ada kat Malaysia ni, yang ni la paling aku suka. Sejuk + Hujan. Bila pulak salji nak ada kat Malaysia kan?

Haha..puting beliung yang macam kat US pun dah ade kat sini, tak mustahil Allah bagi winter pulak, pastu autumn lak, pastu spring, summer..haha.*sign of the end of the world, maybe...

---------------------------------------------------------------

Tulisan kali ni, saja2..sebab aku rasa macam menarik je benda alah ni, "bina ayat dari tarikh lahir korang". Panduan dia :

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku terajang
May--------- ----aku cium
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling


2-Ambil ayat dari hari lahir korang:

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------cikgu matematik aku
18-------lesung batu
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ mee kari adik aku
22-------Robert Pettinson
23-------pedang sakti aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun


3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan:

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di atas motosikal
4 ---------di bawah katil
5 ---------di dalam jamban jiran aku
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan


4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

ayat yang terbina ialah :

"Aku sepak  lesung batu masa makan atas meja sebab aku seksi dan aku boleh buat"

Kenapa perlu ada seksi di situ?? Aku boleh buat?? Adoyai..bengkak kot kaki nak sepak lesung batu tu.

Ayat x best langsung, korang pulak camne? Haha..itu la, saja2 nak tulis, bila takde apa nak buat.

sumber karutan aku ni dari teh ice journey

No comments: