January 17, 2011

Harapan menggunung - part1

Salam 'alaykum..

Dolu2, 4 tahun lepas, aku tak de niat pun nak masuk maktab. Tapi arwah mak suruh jugak aku isi borang. Aku ikutkan saja, pulun la pi beli no pin kat BSN, time tu, aku dah start belajar berdikari, dah tak harapkan orang lain sangat...cheeewah ayat..hihi

Tup2..bila result dah keluar, 'dukacita dimaklumkan.......'. Aku pun buat dek je la, sebab tak kisah pun pasal benda ni. Lagipun time tu, aku fokus exam STAM, 3 bulan je lagi.. Tapi, 2 minggu lepas tu, dapat tahu, aku dapat masuk maktab jugak, tapi sebagai golongan 2nd intake. 

Alahai, konfem ade yang merayu untuk aku ni. Tanya semula, abang aku yang merayu, sebab arwah mak jugak yang suruh. Taat punya pasal, hanya menurut perintah saja la. Packing semua barang2, balik naik bas. Good bye STAM..huhu.

******************

Ingat lagi, 1st tutorial, my mentor tanya, sebab anda semua masuk maktab, aku pun jawab dengan sejujurnya macam cerita aku kat atas tu. Kawan2 punya cerita pulak, ada yang memang nak jadi cikgu; golongan ni memang bagus sangat2, ada yang cakap dah ada jaminan kerja, ada yang bagitau sebab dapat elaun dari mula sampai habis pengajian, tanpa bayaran balik, fuhhh..sape yang tak nak kan.

Aku pun, makin lama duduk sini, terpengaruh jugak dengan 'kesenangan2' yang dijanjikan ni, bohong la kalau aku cakap aku x harap benda2 tu semua.

Korang pun tau la kan, zaman sekarang ni, susah nak carik kerja tetap weh, aku ulang lagi, kerja TETAP. Kalau setakat kerja sampingan 2-3 bulan, memang la senang. Tambah pulak, aku dilahirkan sebagai lelaki, huhu, banyak komitmen tu..hehe.

Lagi, aku tengok ramai 'anak2' PTPTN, sangkut bila bab bayar semula ni. Maksud 'sangkut' tu bukan tak dapat bayar, tapi rasa susah nak hulur duit gaji yang dah ada. Ye la, bila dah kerja, macam2 nak ada, kereta la, rumah la, isteri la, pastu dapat anak pulak 2, 3, 4, 5....haha. Tu belum lagi masuk bab bil eletrik, air, astro, streamyx dan macam2 lagi. Memang kalau dah tambahtolakdarabahagi, tak kan cukup punye. Lain la kalau gaji korang 5,6,7,8,9,12,15k...haha.

So, bila fikir2 semula, aku bersyukur sangat2, mungkin sebab aku dari keluarga susah, arwah mak beria2 nak aku masuk sini. Harapan menggunung dari dia, selesa la sikit nak bernafas dari yang lain.

Terima kasih Tuhan, terima kasih mak, terima kasih kawan2, terima kasih semua ;)

1 comment:

ijatnuar87 said...

btol tu...sma la kiter..dlu pom tak pernah terpikir nak masuk mktb nih...tapi lepas mak suruh ugak,masuk jek la...pelan2,hati mula terpaut,dah akhirnya abis juga blaja...