January 18, 2011

Harapan menggunung - part2

Salam semua..

Sambung cerita...

Of kos la pasal IPG lagi kan. Ikutkan sejarah, sebab nak keluarkan guru2 berijazah, IPG mula ambil lepasan2 SPM start tahun 2004. Dorg ni tak sepenuhnya bawah seliaan BPG, biasa la, baru nak mula kan. Program ni dinamakan PISMK (Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan), twinning dengan OUM. Sekarang, senior2 ni dah pun selamat posting kat sekolah2, tahun 2009.

Untuk PISMK, aku rasa dorg tak de masalah pasal pengiktirafan ijazah kot, sebab twinning dengan OUM kan, mungkin OUM dah lama buat kerja2 ni. So, posting pun senang.

Then, setahun lepas tu, tahun 2005, maktab dinaiktaraf, tukar nama jadi Institut Perguruan. So, masa ni, kohort pertama keluaran sepenuhnya oleh BPG untuk dapat ijazah direkrut. Kohort ni lebih kurang macam tikus makmal la, untuk eksperimen, nak tengok boleh tak maktab produce budak2 untuk degree. Nama program dia pun ada tukar sikit jadi PISMP (program ijazah sarjana muda perguruan).

Macam biasa, yang awal2 ni selalunya kena banyak berkorban, kena susah payah, untuk kesenangan adik2 'tersayang' jugak. Buat apa2 pun, kena teliti, ISO la, MQA la...sistem fail, segala benda kena ada pendokumentasian.

****************

Dalam tempoh ni (2005-2010), ada je yang berubah, dari PISMP tukar nama jadi PPPRPET (maksud dia?? nak tau google lah ye), pastu tukar balik PISMP. Then, Institut Perguruan tukar nama jadi Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus...., pastu IPG ni tak duduk bawah BPG dah, tapi sebagai satu entiti asing, tapi masih bawah KPM.

Cuma IPG masih dikawal selia oleh BPG, macam penentuan dasar dll. IPG pulak keje dia, bagi latihan keguruan pra dan dalam perkhidmatan di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah + kelayakan lain2 yang ditetapkan. **ikut apa yang aku paham la, kalau ada yang salah, korang betulkan la k..

****************

Pendek cerita, kohort 1 ni abis belajar tahun lepas. Cuma masalah sekarang ni, kohort ni tak macam geng2 PISMK dulu. Posting dorg lambat. Sampai hari ni takde dengar berita. Aku bukan ape, sebab aku ni geng kedua lepas dorg, seriau la jugak bila dengar..huhu

Korang mesti pernah dengar berita yang pasal pembekuan penempatan cikgu2 ke sekolah start 2010, dalam tempoh 2 tahun. Aku tak tau la betul ke tak cerita ni. Tapi kalau tengok situasi sekarang, macam nak betul je cerita tu.

****************

Apa masalah sebenar eh?

Cikgu ramai sangat ke? Kalau ramai, KPLI sampai sekarang ni ada lagi, minggu depan ni ada lagi geng2 KPLI nak daftar.

Atau, kerajaan takde duit tuk proses pempostingan ni? Yang ni aku rasa macam betul je, sebabnye dalam banyak2 tahun aku hidup ni, tahun lepas aku rasa tahun paling susah nak hidup..tapi..hidup jugak..hehe.. Aku ada baca 1 komen kat ahsfantasy24 ni. Ada rasional jugak komen dia :

Rasanya pembekuan ni sbb krjaan tak ada duit. Kalau bg kerja tetap nk kena bayar gaji bulanan. Tenaga guru tak cukup sebenarnya. Krjaan akan ambil guru2 baru sbgi Guru Sandaran sj sbb tak perlu byr gaji tetap (melibatkan budget tinggi). Jika byr gaji sandaran, krjaan tak terikat dgn bayaran elaun tambahan.. cerdik krjaan ni. Yg rugi guru2 baru sbb servis sandaran tak masuk dlm perkiraan utk kenaikan pangkat atau apa2 ganjaran yg diberi.

Atau, masalah akreditasi dari MQA?? Senior2 aku cakap, akhir tahun lepas, semua benda2 pasal MQA ni dah settle pun. Dah settle ke atau masih dalam proses settle?

keratan Berita Harian 20/11/2010
yang terbaru, jawapan dari KPKPM...credit tuk dunia.ku.dunia.cikgu.
Erm, itulah namanya harapan. Apapun, kalau dah rezeki takkan kemana, kita yang bawahan ni tunggu dan lihat saja la. Harapan menggunung?? Entahlah..cukuplah sekadar harapan membukit..biarlah harapan menggunung setinggi everest tu hanya pada Allah. Dia tau apa yang terbaik untuk kita.

Sabarlah duhai hati..

p/s : 

**aku pulak yang lebih2 kan pasal posting ni..hehe, bukan ape, sekadar kesian dengan nasib senior2ku..lagipun, aku bakal cikgu gak, kohort ke2 lepas dorg, no wonder la aku amek berat pasal benda ni..
**orang cakap yang awal2 ni banyak cacat-celanya, masalah pun banyak..inshaAllah yang ke2, ke3 dan seterusnya semakin sempurna..ayat nak sedapkan hati.. :)


No comments: