January 16, 2011

Saya pelajar IPG Kampus Perlis

Salam semua..

Haha...ini entri mengisi masa lapang. Macam la korang nak tau aku study mana kan...ahakss, saja suka2. Blog pun update kadang2 je, ikut mood la katakan ;)

Sebenarnye aku tulis entri ni sebab ade terbaca ade satu segmen anjuran BLOG PILIHAN MALAYSIA (BPM), dikhaskan untuk sape2 yang bergelar student IPG, so, i'm one of them..walaupun 2nd intake, don't be jealous of me, haha, chill saja ;)

Pemilik blog tersebut, bro Azman Roslan sungguh banyak bertanya, haha, then aku dengan mengada2nye, teringin nak menjawab :

First of all, SAYA PELAJAR IPG KAMPUS PERLIS, and i'm proud to be teacher..tiba2..haha..

*the difference between maktab and IPG :
there's no difference between lah..cumanya, maktab tu nama lama, IPG pulak stands for Institut Pendidikan Guru. Dolu2, zaman maktab, ada program diploma perguruan je, zaman IPG pulak, dorg produce lepasan SPM/STPM/STAM tuk degree. Tempoh 5 tahun setengah (1 1/2 foundation + 4 years degree). 

*kursus kat IPG :
sem 1 / 2008
Diri ini bakal memegang scroll degree B.Ed Pendidikan Islam Pendidikan Rendah. Ooo..aku ni budak opsyen agama rupenye..huhu. Aku punya major Pendidikan Islam, elektif 1 Bahasa Arab + elektif 2 Pendidikan Quran. Ikut citer asal, dulu mintak jadi cikgu maths, tapi tak dapat, diberi Tuhan untuk menjadi sang USTAZ..huhu, ustazkah?? berat bebenor tugas tu. Erm..btw, layan je la kan. Ada hikmah kot.

sem 2 / 2008
Sekarang ni, aku dah tahun akhir..alhamdulillah..yezzaaaa, rasa tak sabar sangat nak kerja. Panjang umur, dapat la aku bergelar pendidik nanti.

*+manis -pahit :
Semua manis2 belake, yang pahit pun, aku try nak tambah gula banyak2, haha, tapi, tak mampu. Manisnye kat sini, aku dapat belajar banyak benda, macam yang aku cerita kat entri sebelum ni la kan, belajar tuk mengajar, belajar tuk belajar, belajar tuk mengurus hidup, belajar tuk menguruskan badan..haha. Panjang kata, memang banyak la kan.

Pahit?? erm, tahun 2009, julai 2009, ibuku pergi meninggalkan ku, perginya takkan kembali lagi. Itu la yang dinamakan takdir. Teringin rasanya nak balas jasa dia, dengan gaji 1st dari aku sebagai cikgu, tapi...aku tak sempat abis belajar lagi, dia dah pergi. Moga ketenangan dan rahmat Tuhan bersamamu. al-fatihah..

*perubahan dalam sistem pendidikan negara??
aiyark..susah nak cakap la. Kena tunggu aku jadi PM la..hihi. Realitinya, bukan mudah nak buat satu sistem yang semua orang boleh terima. Bagi aku cukuplah kalau dengan pendidikan yang kita bagi, dapat benar2 mendidik manusia menjadi betul2 sebagai manusia, tak nak ada binatang dalam kelompok manusia ni. Caranya?? erm, by referring back to the Quran n Sunnah la kan. 

Kita sekarang ni, bagi aku, terlalu bergantung dengan pencapaian akademik je, exam oriented sangat. Tengok je la, ramai yang pandai, yang jadi profesional dalam bidang masing2, but, at the same time, orang2 ni jugak la (tak semua) yang menjadi gunting dalam lipatan. Dengan sosial yang bergejala, rasuah merata2..dah makin teruk rasanya. Contoh la, aku rasa, ramai pelajar muslim yang boleh score 'A' dalam exam dorg, tak kira la budak2 SMK ke, SMA ke, SMKA ke, MRSM ke, SBPI ke, SK ke..tapi x ramai yang sebenarnya yang menghayati apa yang dorg pelajari.

****saja letak gambar zaman muda2..malar hijau ;)

3 comments:

Rozuan Ismail said...

salam perkenalan..saya rozuan student UKM..jom singgah blog saya..

syauqah wardah said...

Semua manis2 belake, yang pahit pun, aku try nak tambah gula banyak2, haha

haha,bagus2..berfikiran positif sungguh!

manna_salwa said...

salam bro..
jum jadi pendidik yg terbaek.
:)