January 19, 2011

Sekali berkawan...selama-lamanya kita akan tetap berkawan

Salam 'alaykum..

Ini la yang dikatakan mood teramat bagus sekali...haha. Korang sendiri boleh menilai macam mana aku ni kan, haha. Sekali bila aku dah rajin, berturut2 entri keluar..tapi, bila masuk waktu bermalas-malasan, satu perkataan pun tak mampu tertulis.

Hari ni, hari istimewa buat diri aku..haha, promote diri sendiri, boleh kan?? 23 tahun sudah aku atas muka bumi ni. Segala yang ada, mata, tangan, telinga, hidung, mulut, tangan, kaki, hati, jantung, paru2, limpa, buah pinggang, macam2 lagi la..dah berfungsi selama 23 tahun.

Satu tempoh yang lama jugak la. Hebat sungguh ciptaan dia kan. Kalau tengok ciptaan yang manusia buat, takde yang mampu bertahan dalam tempoh lama macam ni, kalau pun boleh guna lagi, mesti dah sampai tahap 'cabuk'..erm, subhanallah..

Bermuhasabah diri, dengan nikmat2 yang Dia bagi, banyak mana la yang aku gunakan betul2 pada tempatnya. Dosa je yang aku rasa banyak aku buat, astaghfirullah..ampunkan aku Tuhan.

********************

Disebalik mengenal kerdil diri aku sendiri..aku bersyukur dengan pemberian dia selama 23 tahun aku di sini.

Terima kasih banyak2 pada mereka2 yang dekat dengan aku, of kos la buat family aku yang paling banyak membantu dan memahami diri aku.

Pada kawan2..erm, macam mana aku nak cakap eh. Macam ni la diri aku. Aku tak de la alim sangat, kadang2 tak pi surau pun..huhu, tak de la nak aktif sangat, tak de la banyak cakap sangat, tak de la selalu nak mesej2 dengan member2 ni, sebab honestly, aku tak rapat dengan handset. Kalau ada benda2 penting, baru la aku guna. Aku ni pendiam lho..hihi, aku cakap bila ada benda nak di cakap. Kalau x, aku akan diam saja. Nak tengok aku bising, bila ada yang betul2 sekepala dengan aku. Erm..thats me...

Dan aku terharu sangat..sebab hari ni ramai jugak kawan2 yang wish selamat hari lahir kat aku. Haha..aku tak sangka ramai yang ingat...sebab aku ni tak selalu sangat nak wish besday kat orang lain..teruk sungguh kan.

Erm, buat sahabat, teman2, rakan2, kawan2, yang mengenali diri ini, dalam realiti ataupun fantasi maya ni, terima kasih sangat2. Terasa diri dihargai. 23 tahun yang banyak dengan pengalaman serta ilmu berguna bila berkawan dengan korang2 semua.

Sekali berkawan...selama-lamanya kita akan tetap berkawan...

4 comments:

syauqah wardah said...

pinjam mood tuh sket. Nak siapkn assigmen :D

ijatnuar87 said...

huhuhu...bagus entri nih...smoga persahabatan yang bermula didunia,akan berterusan diakhirat...

♥CIK SHA♥ said...

selamat ulangtahun kelahiran..semoga dirahmati Allah selalu..

CECOMEL said...

Assalamualaikum kawan :D