January 15, 2011

a walk to remember

Salam 'alaykum semua

Satu perjalanan, beribu liku dan cabaran. Banyak benda yang jadi, ada yang manis, tak kurang jugak yang kurang gulanya. Semua ni kadang2 susah untuk kita lupakan. Yang manis, penuh tersenyum untuk diingati, yang pahit, deraian air mata mengiringi.

Yang penting, semua tu dah terlakar pun sebelum kita berjumpa di hayat ni. Nak tak nak, redha untuk menerimanya.

Aku..hampir 23 tahun...banyak benda rasanya yang dah aku pelajari, belajar untuk belajar, belajar untuk mengajar..

But, da most important thing, sikit2 i've learned how to live life to the fullest, it's sounds good huh?? haha, well, susah rasanya, sebab hidup ni bukan untuk dunia saja, tapi tuk kat sana jugak, belajar untuk menerima segala2 yang disuratkan..sape yang tak kuat, memang akan tersasar dari landasan yang sebenar..

Ada satu kata2, it's not length of life, but depth of life (Ralph Waldo Emerson). Yup, thats right, tak kira berapa kiraan angka umur kita, yang penting macam mana cara kita mengisinya, sebabnye, there's a big difference between 'living' and 'merely existing...'

Isi dengan apa yang dah diajarkan oleh hidup, jangan biar terus tersilap. Hidup untuk belajar, then kita akan belajar macam mana untuk hidup. Yang dah lepas, ia adalah sebuah pengajaran untuk kita.

So, tak kira bila, yang lepas, yang sekarang atau yang akan datang, ia merupakan sebuah perjalanan yang perlu sentiasa diingati, jangan mudah untuk melupakannya..sebab ada satu2 perkara yang boleh mengajar kita, tentang bagaimana untuk menjadikan hidup sebagai suatu yang lebih bermakna..

2 comments:

syauqah wardah said...

salam. menarik entry ni.
live life to the fullest.betul tu. Ramai ulama2 dan ilmuan2 hebat dalam sejarah adalah mereka yg di anugerahkn ALLAH umur yang pendek,tp digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.

Moga kita adalah insan2 yg terpilih utk berjuang pd jlnNYA dan moga mati itu tempat utk beristirehat buat kita semua. Ameen...

محمد فردوس سعد said...

@syauqah : itu la, susah jugak nak jadi mcm mereka, tapi kita jgn x cuba.. :)