February 14, 2011

a time to celebrate

Salam 'alaykum...

Blog aku ni makin hilang seri, sebab tuan dia dah jarang nak datang tengok. Kalau aku la yang jadi blog ni, aku konfem sedih, ye la kan, sebab tak dapat perhatian sangat dari owner dia.

Maaf sangat2, tulus dari hati aku..bukan untuk blog ni je, tapi maaf untuk rakan2 blog jugak. Mungkin ada yang datang komen kat setiap entri ke, tak pun komen kat chatbox ke, nak suruh aku ziarah korang semula ke, tapi aku tak balas apa yang korang mintak..mintak maaf ye.

Mungkin korang rasa aku macam dah sombong kan, tapi sebenarnya, aku tak de niat pun nak menyombong diri. Siapalah aku nak berlagak kat dunia ni. Harap korang faham, aku sekarang dah tak banyak luang masa untuk blogging. Sebab? Sebab yang biar aku dengan Tuhan je yang tahu.

Tadi aku datang ziarah blogger HAMI ASRAFF, hebat blogger ni, kenalan dia pun hebat2, aku ziarah FB dia pulak, tengok status dia...

"dinner bersama IMAM MUDA ASYRAF malam ni :)"

wah..orang lain mungkin rasa macam biasa je kot, tapi bagi aku, hebat la tu kan, sampai IMuda dah boleh jadi member..tp tak tau la kalau dorg memang dah jadi member sebelum ni..

Apa yang aku nak cakap pasal HAMI ASRAFF ni, dah jadi blogger glamer pun, tapi kat bloglist dia, masih ade nama blog aku nih..huhu, sungguh terharu. Apa la sangat yang ada dengan blog aku ni, nak banding dengan bloglist lain macam miss lolly, aksara cinta Ilahidunia sebelah zara...kerdil sungguh aku rasa.

Dulu memang aku ada komen kat entri2 dia, tapi tak la selalu. Yang aku selalu buat, aku just baca, then, bila ada kesempatan je, baru aku komen..tapi sekarang memang aku dah lama tak komen. Kenal dia pun bukan face2face, hanya dalam maya ni je...

Besar nilai persahabatan ni, mungkin sebab tu la aku tersenarai dalam 'MEREKA KENALAN YANG BAIK', tapi honestly, aku segan untuk digelar "yang BAIK", sedang diri aku bukanlah seorang sahabat yang BAIK..maaf dan shukron jugak untuk ustaz HAMI ASRAFF..(suka nak panggil ustaz, sebab dia memang dah macam ustaz..)

*********************************************

Terus kepada tajuk..

Apa yang aku celebrate eh? Kalau aku cakap aku celebrate HARI KEKASIH boleh tak?? Haha..jangan ada yang marah aku. Suka hati aku la kan nak celebrate apa pun, janji benda tu aku tau tak salah...

Tak salah aku cakap?????

Haha..tak salah..sebab yang nak sambut ni, HARI KEKASIH ALLAH...aka MAULID RASULULLAH SAW.

Aku masih waras lagi, semuanya dengan izin Allah, ulama' kata hari kekasih@valentine haram, so aku tak kan sambut yang tu...(bagi aku, tak kisah la pasal valentine tak valentine ni, asasnya yang senang, asal korang nak pegang tangan, kapel, dating..dengan yang bukan muhrim, ketahuilah bahawa itu semua haram..sebab menghampiri zina memang sudah haremmmmmmm..)

Ada satu benda yang lagi bermakna buat aku sebagai seorang MUSLIM, menyambut ulangtahun kelahiran KEKASIHNYA..aku harap sangat buat diri aku, ini bukan setakat sambutan, tapi berharap aku mampu menghayati sirah Baginda. Aku nak cuba menghayati dan menghidupkan sebanyak mungkin sunnah dari Baginda. Bi iznillah..

Kawan2..jom kita muhasabah sempena HARI KEKASIH ALLAH ini :)

Salam terindah buat semua..salam maulidur rasul

February 02, 2011

a pure heart..a pure friend

PETIKAN NI AKU COPY DARI LINK INI :

Sahabat……………………

Rasanya semua insan di dunia ini pernah memiliki sahabat untuk berkongsi suka-duka, pahit-manis, gelak-tawa,senyum-tangis pasti tersimpan rapi dalam kantung kenangan..

Namun, tidak semua persahabatan bersulam kasih sayang sejati, keikhlasan zahir dan batin mahupun kejujuran yang membaluti diri..

Ya, pasti anda semua pernah rasa manis dan indahnya sebuah ukhwah bersama seorang insan yang bergelar sahabat.. Namun begitu pasti ada yang terluka, terguris,terhimpit, dihimpit, menghimpit dan sebagainya…

Setiap orang pasti mengimpikan sebuah persahabatan yang indah umpama kita mengimpikan seorang teman untuk sehidup dan mati bersama kita..

Tetapi, mampukah kita memilikki sahabat sejati??
Layakkah kita meraih sahabat yang baik??
Baikkah kita??
Berhakkah kita??
Jujurkah kita dalam berbicara dengannya??
Ikhlaskah Kita bersahabat dengannya??
Setiakah kita seandai dia dilanda musibah??

"Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring dengan ku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat , aku ingin setia padanya.." – Iman Shafie..

Seringkali kita terlupa dan terleka akan janji-janji kita pada sahabat kita..Seringkali kita meninggalkannya dikala dia memerlukan kita..

Seringkali kita asyik bercerita tentang kejayaan dan kesengsaraan kita,namun pernahkah kita mendengar luahan dan kegembiraannya??

Seringkali kita meminta agar dia menjadi seorang pendengar yang setia,namun sedarkah kita bahawa kita bukan pendengar yang baik?? Hari-hari dan waktu telah berlalu…
Kenangan-kenangan hanya terlipat sepi di sebalik tirai…

Jelas kita sudah semakin jauh dan berlari meninggalkan sahabat kita dibelakang tanpa menoleh…Waktu telah memamah sirna persahabatan,,,

Andai kita menjadi sahabat yang tidak tahu menghargai jadilah kita orang yang ketinggalan…kenapa? kenapa? dan kenapa?Kerana hidup tanpa seorang sahabat memang tidak bererti…

Perlukah kita menghargai kehadiran seorang sahabat disisi?Jawapannya adalah ‘YA’! kerana tanpa seorang sahabat kita tidak mungkin tersenyum..hari-hari yang dilalui mungkin suram..pilu dan sebagainya…

Apa salahnya jika kita hanya merungkai perkataan ” terima kasih kawan! kerana sudi jadi sahabat aku” tidak salahkan? tidak rugi andai diwaktu hari-hari indah seorang sahabat seperti hari lahir atau tatkala ada kejayaan yang digapai oleh sahabat kita, kita hadiahkan sesuatu yang mungkin bisa memberi dia sebuah senyuman…

Namun kita seringkali terlupa dengan nikmat yang Allah telah pinjamkan kita untuk kita seorang sahabat untuk menjadi teman berbicara untuk kita berdakwah untuk kita mencari jalan kebenaran…Kita telah menyalahgunakan kehadiran seorang sahabat… Kita mempergunakan dia, menikam dia dari belakang, mengambil kesempatan dan mengguriskan hati seorang sahabat…Inikah yang mampu digelarkan sahabat sejati??

“Tidak sempurna iman seseorang, sehingga dia mengasihi sahabatnya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”-( HR Al-Bukhari & Muslim)

Wassalam………